Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 156
Hari ini : 8.469
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 189 190 191 192 193 >  Last ›
kesiap

Jk; terkesiap terperanjat, terkejut.  

kesibukan
1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu;
kesidang
sj tumbuhan (pokok kecil), lenggiang, Canangium scortechinii.  
kesigapan
perihal sigap, kecekapan, ketangkasan: dlm kejadian ini, kelihatan betapa ~ doktor-doktor, berjuang membasmi penyakit.   
kesih
kesuh-~ ; kesuh.  
kesihatan

perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll): Kementerian K~. 

kesik
kesuk-~ = kesik-kesik; kesuk.  
kesilaman
keadaan (zaman silam). 
kesilapan
perihal silap, kekeliruan, kekhilafan;
kesilauan
1. perihal silau; 2. tersilau, menjadi silau: mereka duduk itu diterangi oleh sorotan lampu kereta sehingga mata mereka ~. 
kesima
Jk; terkesima tercengang, termangu-mangu, hilang akal.
kesimbukan
1. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kentut, daun sekentut, Paederia foetida;      2. sj tumbuhan (pokok), Saprosma arboreum.
kesimpulan

1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak-kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara;

kesinambungan
perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya;  
kesinan
sj tumbuhan (pokok renek), Ficus quercifolia.  
kesing
sj serangga, Rhyncota sp.
kesinga
sj tumbuhan (pokok), bongkok, gandang, ganding, merpoi, merpuing, mersinga, tengkawa, Carallia brachiata.
kesinisan
keadaan sinis. 
kesinoniman
keadaan bersinonim.
kesip I

tidak berbiji atau terlalu kecil bijinya (bkn buah-buahan);

mengesip menghisap-hisap (buah, gula-gula, dll): dikesip-kesipnya gula-gula itu kerana hendak menghilangkan rasa pedas di lidahnya.  

‹ First  < 189 190 191 192 193 >  Last ›