Ditemukan : 4220 Record
kesukaran
1. perihal sukar, kesulitan, kesusahan: ~nya makin bertambah; 2. menderita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~.
kesukarelaan
sikap sukarela: sistem kredit itu dapat menambahkan semangat ~.
kesukuan
perihal suku, bersifat suku: kadangkala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjukkan sikap ~nya;
kesulitan
perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang.
kesultanan
1. kawasan (wilayah) yg diperintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan); 2. istana sultan; 3. kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau pemerintahan sultan: makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dr istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri.
kesum
1. sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesumba keling, kunyit jawa, Bixa orellana; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat), Polygonum minus; 3. sj tumbuhan (herba), kelima paya, Polygonum pubescens.
kesuma
1. sl bunga; 2. perempuan cantik yg elok (molek, rupawan); 3. bangsawan;
~ bangsa ki pemuda dan pemudi (dlm sesuatu bangsa).
kesumat
permusuhan, kebencian; dendam (dan) ~ dendam dan kebencian: timbul hiba dlm hatinya, ganti drpd dendam dan ~.
kesumba I
1. sj tumbuhan (pokok yg menghasilkan cat atau pencelup merah), Carthamus tinctorius; 2. = merah ~ merah tua: berbaju ~ berkancing dan berdestar pelangi; nyiur ~ nyiur yg berwarna merah tua;
~ bukitsj tumbuhan (pokok), berbelak, menarung gajah, Trichospermum kurzii; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), cendarah hantu, julung jantan (putih), kayu katu, lengkung, rambai hutan, sengkuang, Ostodes macrophylla; ~ keling sj tumbuhan (pokok kecil), jarak belanda, kesum, kunyit jawa, Bixa orellana;
dikesumba dicelup (diwarnai) dgn warna merah (drpd kesumba).
kesumba II
1. sj burung, Harpactes k. kesumba; 2. sj burung, burung gembala rimau, Harpactes oreskios uniformis.
kesumbangan
perihal sumbang (bkn perbuatan dll), keadaan dsb sumbang.
kesunanan
daerah kekuasaan sunan.
kesungai → sungai.
kesungguhan
perihal (sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;
kesuntukan
perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dll), kesempitan.
kesunyian
1. perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan.
kesup
bunyi spt bunyi budak menghisap puting;
mengesup mengucup, menghisap, mencucup.
kesuraman
perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu.
kesusahan
1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran.
kesusu
Jw tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa.
|