Ditemukan : 4220 Record
kesting
kain utk dibuat baju dll.
kestul
kesturi I
sj benda yg harum baunya (diperoleh dr musang jebat), jebat; musang ~ sj musang yg menghasilkan kesturi, musang jebat (rase); tikus ~ tikus yg kecil dan berbau; ~ mati kerana baunya prb perihal orang yg ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya.
kesturi II
bunga ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), Arachnis flosaeris (moschifera); kuay ~ sj tumbuhan (pokok yg harum kayunya), Juniperus chinensis; kayu ~ hutan sj tumbuhan (pokok), cemperi ayam (batu hitam), kayu garang jantan, kayu menghilang api, kayu serendah, kayu meresek hitam, sebasah paya, Gomphandra lanceolata; limau ~sj limau kecil, Citrus microcarpa.
kesturi III
burung ~ sj burung spt burung bayan atau serindit.
kesu
~-kesi bunyi spt bunyi orang berbisik(-bisik), kesuk-kesik, kesik-kesik.
kesuaman
rasa hangat: kasih sayang, dakapan mesra sambil merasai ~ tubuh ibu.
kesuari
sj burung yg besar, Casuarius galeatus.
kesubjektifan
keadaan yg subjektif: kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yg ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai estetik.
kesuburan
1. perihal subur: kerana hawanya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~;
kesucian
perihal suci;
kesudah-sudahan
akhir-akhirnya, kemudiannya: maka ~ iaitu kelak memberi mudarat kpd nyawa;
kesudahan
1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah;
kesudian
perihal sudi, kemahuan, kerelaan.
kesufian
tingkat pencapaian menjadi ahli sufi: rahsia ~.
kesugulan
kemasyghulan, perasaan dukacita, kesusahan hati.
kesuh
~-kesih termengah-mengah, terengah-engah.
kesuk
~-kesikbunyi spt bunyi daun-daun bergeseran ditiup angin, bunyi orang berbisik-bisik.
kesukaan
1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki).
kesukanan
perihal sukan: semangat ~.
|