Ditemukan : 4220 Record
ketuhanan
1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi ~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya menunjukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan; ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan (kebaktian) kpd Tuhan; dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa.
ketuhar
sj dapur tertutup yg dipanaskan utk membakar, memanggang, dsb, oven; ~ mikrogelombang sj ketuhar yg menggunakan gelombang mikro utk memasak makanan dgn cepat.
ketui
sj tumbuhan (pokok memanjat), selang, setui, Derris trifoliata.
ketuir
sj tumbuhan (pokok renek yg tumbuh di tepi pantai), Clerodendron inerma.
ketuju
~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari;
ketuk I
pukulan (dgn buku jari dll) pd pintu dll; ~ buluh = ketuk-ketuk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak yg terdiri drpd bilah buluh yg diketuk-ketuk;
ketuk-ketuk sj alat drpd kayu berongga atau buluh yg dipukul kerana sesuatu sebab (utk memberitahu waktu sembahyang, memanggil orang berhimpun, dll), kentung-kentung, tongtong: ~ di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang;
mengetuk memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram;
mengetukkan mengetuk utk: “nanti aku pula jadi mangsa utk ~ pintu utk engkau.”;
ketukan (bunyi) pukulan dgn buku jari atau sesuatu alat, ketuk;
pengetuk sesuatu yg digunakan utk mengetuk, tukul.
ketuk II
bunyi ayam yg baru bertelur;
berketuk berbunyi (bkn ayam yg baru bertelur), berkotek;
barang siapa yg ~ dialah yg bertelur prb orang yg berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yg telah melakukan perkara yg disindirkan itu; ~ di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan.
ketuk III
sj alat bunyi-bunyian spt canang besar.
ketuk IV
~ ubi sj makanan yg dibuat drpd ubi rebus yg ditumbuk dan dimakan dgn kelapa parut dan gula.
ketuk-ketuk
sj alat drpd kayu berongga atau buluh yg dipukul kerana sesuatu sebab (utk memberitahu waktu sembahyang, memanggil orang berhimpun, dll), kentung-kentung, tongtong: ~ di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang;
ketuka
sj ikan pari kecil; → setoka.
ketukan
(bunyi) pukulan dgn buku jari atau sesuatu alat, ketuk;
ketukangan
kepandaian bertukang, keahlian bertukang: sepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kpd aku;
ketul I
gumpal, kepal (nasi, tanah, dll), kerat (tulang, kayu, dll);
seketul segumpal, sekepal (nasi, tanah, dll); sekerat (tulang dll);
berketul-ketul bergumpal-gumpal, berkepal-kepal;
ketulan gumpalan, kepalan, ketul; ~ tanah gumpal tanah yg padat.
ketul II
tegang berkedut (urat dll);
mengetulkan; ~ kaki membengkokkan (melipatkan) kaki yg terlunjur;
pengetul; urat (otot) ~ urat (otot) pd belakang lutut.
ketul III
Jw tumpul.
ketulahan
mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah: baginda telah ~ pd raja Melaka kerana yg sebenarnya raja Melaka itu tiada patut berkirim sembah kpd raja China.
ketulan
gumpalan, kepalan, ketul; ~ tanah gumpal tanah yg padat.
ketulangan
terlekat atau tersangkut tulang ikan dll di kerongkong;
ketularan
dihinggapi penyakit menular, kejangkitan;
|