Ditemukan : 4220 Record
ketoprak I
Jw lakonan yg ceritanya disampaikan dgn nyanyian dan tarian berserta bunyi-bunyian.
ketoprak II
Jk tauhu goreng dibubuh tauge dan kicap.
ketot
(kétot) kecil (kerana terencat atau terbantut tumbuhnya), kemetot, keretot; budak ~; pokok ~.
ketoyong
Pr terbalik dgn kepalanya ke bawah dan pakunya ke atas (bkn gasing yg berpusing ligat).
ketradisionalan
keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg dipuji dan dipuja oleh orang asing.
ketrok
Jk ; mengetrok mengetuk, memukul; → ketuk I.
ketu I
Jw sj kopiah (dipakai oleh orang yg bertapa dll); ~ uding kain yg diikat di kepala sbg ketu.
ketu II
Kd 1. memetik (pucuk); 2. mencubit.
ketua
1. orang yg tertua dan banyak pengalamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah);
~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung, ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ pejabatorang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);
berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita;
mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut;
mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. mengangkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua;
pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab.
pemimpin, kepala;
ketua-tuaan
spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka
ketuaan
1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh;
ketuahan
1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll).
ketual
pegawai polis; → katwal.
ketuan-tuanan
spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kerajaan”, Encik Ramli berkata ~ ;
ketuanan
hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak;
ketuangan
hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian).
ketuat
biji atau bintil daging yg kecil dan keras (pd anggota atau tubuh), mata ikan.
ketuau
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tuau, daun patuk tuau, Thunbergia laurifolia.
ketubah
bp khutbah.
ketuban
tuban-tuban; → tuban.
|