Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 581
Hari ini : 13.684
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 24 25 26 27 28 >  Last ›
kapah; terkapah-kapah
1. termengah-mengah, terngap-ngap; 2. menggeletar ketakutan
kapai; terkapai-kapai

1. bergerak-gerak seolah-olah hendak memegang (menggapai dll) sesuatu (bkn tangan atau kaki): jurumudi itu terlentang ~ berlumuran darah; 2. ki putus asa dan kebingungan (meminta pertolongan dll); gabai II

kapak I

alat drpd bilah besi yg tajam dan bertangkai kayu (utk menebang pokok, membelah kayu, dll); ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang); 

~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja; 

mengapak memotong atau membelah dgn kapak; kampak  

kapak II

Mn kepak, sayap; 

berkapak; tidak ~ ki tidak berdaya upaya (tidak mempunyai apa-apa alat)

kapak III
sj ikan laut, gedabang, Mene maculata
kapal I

bahtera atau perahu besar yg ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera);  

~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkaskapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calut kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk mendalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengandungi bijih; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandukapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayarId sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburukapal perang kecil yg laju; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk apikapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; 

~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg mengarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak bertambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang; 

berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; 

berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu;  

mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; 

perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal : beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~;3. tempat membuat kapal; 

pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura.  

kapal II

kulit yg menjadi keras (di kaki dll), belulang;

kapalan berbelulang

kapan I

kain pembungkus mayat (biasanya kain putih); hantu ~ hantu yg berbungkus; 

berkapan berbungkus (dgn kain kapan): mayat itu ~ kain putih;  

mengapan † mendermakan kapan kpd orang yg kematian; 

mengapani membungkus mayat: bagi orang Islam, wajibnya mayat dikapani;  

mengapankan 1. membungkus mayat utk orang lain; 2. menggunakan sesuatu utk membungkus mayat, mengapani dgn sesuatu

kapan II

Jw 1. bila, bila mana: ~ lagi kita pergi ke sana; aku berbicara ~ saja dan di mana saja; 2. bukankah: mengapa ditagih lagi, ~ sudah dibayar;

kapan-kapan bila-bila masa saja, sewaktu-waktu, sebarang waktu: ~ boleh datang kerumah saya.  

kapang I

sj siput yg melekat pd kayu dan makan kayu di air; kampang

kapang II
Mn; berkapang bercendawan, berlapuk
kapang III
~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), kepayang akar, Enkleia malaccensis
kapangan
Jk; bulan (matahari) ~ gerhana bulan (matahari)
kapar I

kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; 

salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; 

berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; 

mengaparkan menyerak-nyerakkan, menabur-naburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai;  

terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput;

kaparan barang-barang (sampah dll) yg berkaparan di air

kapar II ; kaparan
belakang (bahagian yg tidak tajam): ~ parang (pedang) belakang parang (pedang); spt kerbau menanduk anak dgn ~ tanduk bukan dgn hujung prb marah bapa akan anaknya tidak sampai membahayakan
kapas I

1. sj tumbuhan (pokok renek yg buahnya mengandungi serat utk dibuat benang), Gossypium spp.; pokok ~ bulan sj tumbuhan (pokok), medang ketanahan, kerabu, Xanthophyllum rufum; 2. sj kabu-kabu (kapuk) drpd buah kapas yg dibuat benang dll; benang (kain) ~benang (kain) yg dibuat drpd kapas; 

spt ~ yg dibusur prb putih bersih (amat putih); untung bagai untung ~ prb perihal orang yg banyak tanggungannya; 

kapas-kapas sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru, Hibiscus floccosus

kapas II
~ sungai= kapas-kapas, kekapas sj ikan laut, Gerres abbreviatus; ~ laut sj ikan laut, mentimah, Gerres punctatus
kapas III

burung ~ sj burung, kuang-kuit, murai batu, selancang, Lalage nigra

kapas-kapas

sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru, Hibiscus floccosus

kapasiti
1. kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu, kekuatan (mesin dll); 2. kemampuan memuat sesuatu, muatan, isi padu
‹ First  < 24 25 26 27 28 >  Last ›