Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 582
Hari ini : 13.685
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 23 24 25 26 27 >  Last ›
kantonmen (kantonmén)

binaan sementara atau khemah utk tempat tinggal askar

kantor

Id pejabat; ~ bank pejabat bank; ~ besar ibu pejabat; ~ cetak tempat cetak-mencetak, percetakan; ~ kawat pejabat telekom; ~ pajak pejabat yg menguruskan cukai; ~ polisi pejabat polis; 

berkantor membuka atau mempunyai kantor (di), berpejabat (di): Sudirun sendiri memegang pimpinan umum yg ~ sama-sama satu kamar dgn Daud.

kantu kaku
kantuk

rasa hendak tidur: ia mencuba menghilangkan ~ utk menghabiskan kerja;  

mengantuk berasa hendak tidur: ia ~ benar kerana hari sudah larut malam; orang ~ disorongkan bantalprb mendapat sesuatu yg sangat-sangat dikehendaki (diingini); 

terkantuk mengantuk dgn tiba-tiba

kantung

1. saku, kocek; 2. pundi-pundi, kampit: sebuah ~ kain tersangkut di bahunya; ~ kemaluan = ~ pelir pundi-pundi buah pelir; ~ nasi Jk perut besar; daerah ~ daerah yg menyisip di dlm daerah lain; 

berkantung mempunyai kantung (pundi-pundi); 

mengantungkan memasukkan ke dlm kantung (saku): dgn sehelai kertas kerja, satu jumlah yg besar bernilai beratus ribu sudah dapat dikantungkan.  

kanun

undang-undang, hukum, peraturan; ~ adat hukum adat;

mengkanunkan menjadikan undang-undang, mewujudkan (mengiktiraf dsb) menerusi penggubalan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal;

terkanun termaktub dlm undang-undang, telah dijadikan undang-undang; 

pengkanunan perihal (tindakan, proses, dsb) mengkanunkan

kanvas
1. sj kain yg tebal dan kuat (digunakan utk khemah dll), kain terpal; 2. sj kain yg tebal digunakan utk melukis (terutamanya lukisan cat minyak)
kanyiar
Kd (seseorang) mentah, tidak matang: Awak tu ~ lagi.  
kanyon
sj jurang yg dalam dan curam (biasanya ada anak sungai melaluinya)
kanyor
Ph malu; senyum ~ senyum malu
kaok

Jk; berkaok-kaok berteriak-teriak, berseru-seru, memekik-mekik; 

mengaoki memanggil dgn memekik, meneriak

kaolin
tanah liat halus yg berwarna putih (putih kekuningan atau kekelabuan) yg digunakan utk membuat tembikar, dlm perubatan, dll
kaos kaus
kap I
tali ~ tali di kapal, tali bosa
kap II
IB 1. tudung (lampu dll); 2. bumbung (motokar dll), tenda
kap III
bp piala
kap IV

sj ikan darat, Cyprinus carpio;  

~ hitam, Mystacoleucus marginatus; ~ kepala besar, Aristichthys nobilis; ~ lumpur, Cirrhina molitorella; ~ perak, Hypophthalmichthys molitrix; ~ rumput, Ctenopharyngodon idellus.  

kap V
1. huruf Jawi yg ke-23; 2. huruf Arab yg bernilai 100
kapa I; kapa-kapa
atap perahu (drpd daun nipah dll), kajang perahu
kapa II; terkapa-kapa
kebingungan: apabila Lahuma meninggal, ~lah Jeha kehilangan tempat bergantung.  
‹ First  < 23 24 25 26 27 >  Last ›