Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 465
Hari ini : 12.462
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 27 28 29 30 31 >  Last ›
karaf
IB bekas air minum
karah

bintik (selaput, kotoran) pd gigi (kulit dll); buluh ~ sj buluh betung; 

berkarah berbintik, berselaput, berdaki

karak I
Kl suluh (drpd daun kelapa dll), andang
karak II
Tr tempat benang loseng diikatkan
karakter

1. sifat (ciri) perwatakan yg membezakan seseorang dgn yg lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, mis a ialah satu karakter, aksara

(karaktér) 1. sifat (ciri) perwatakan yg membezakan seseorang dgn yg lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, mis a ialah satu karakter

karal
Kl; mengaral menarik: layang-layang itu dikaral turun.
karam

  1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah;

~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatutnya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebab-sebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; spt Cina ~ = spt Keling ~ prb riuh-rendah (hingar-bingar); telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal); 

mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikanprb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; 

mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan; 

kekaraman 1. mengalami bencana yg mengakibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam

karamel (karamél)
gula hangus yg digunakan sbg pewarna dan perasa makanan
karan

~ elektrik arus elektrik; 

berkaran 1. mengeritingkan rambut dgn elektrik: ~ rambut; 2. keriting atau ikal (rambut) kerana dikeritingkan dgn elektrik: rambutnya panjang dan tidak ~; 

mengaran mengeritingkan rambut seseorang dgn elektrik

karang I

1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang;  

berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penyakit); 3. † mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai;  

perkarang † terlanggar pd karang;  

karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya;  

karang-karangan berbagai-bagai karang

karang II

sunting, gubahan (bunga dll);  

berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~;  

mengarang 1. menyusun dsb (bunga, permata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), mencipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan;  

karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; 

mengarangkan mengarang utk seseorang;  

terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15;  

karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. rekaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda;  

kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan;  

pengarang 1. tali (benang dll) utk mengarang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan);  

~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati

karang III
pd waktu yg akan datang, tidak lama lagi, nanti, kelak: ~ barulah tahu; malam ~ malam nanti
karang IV; pekarangan

1. halaman rumah: duduk di muka ~ rumahnya; 2. tanah kampung: kalau ada ~nya kita dirikan rumah-rumah petak kecil.  

karang IX
sebatang ~ † sebatang kara
karang V; karang-karang
sj tumbuhan (herba), bunga kekarang, lidah jin, Hedyotis philippensis; ~ sepat sj tumbuhan (pokok) katung-katung, keranji kepoyang, Cynometra polyandra; bunga ~ sj tumbuhan (herba), Dentella repensa
karang VI = karangan
sl tempat tinggal (kediaman): mereka pergi ke karangan Singa Padu tempat kediaman Panji Semirang.  
karang VII kerang
karang VIII
Jk; ilmu ~ ilmu kebal
karang-karangan
berbagai-bagai karang
karantina IB → kuarantin
‹ First  < 27 28 29 30 31 >  Last ›