Ditemukan : 4220 Record
karaoke (karaoké)
satu bentuk hiburan yg membolehkan individu (kumpulan) menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual
karap
sj ikat pd alat tenun, suri
karapas (Bio)
kulit keras atau bahagian bertulang yg menutupi badan haiwan (spt bahagian belakang penyu atau kura-kura)
karar
Ar 1. tenang, tenteram: negeri Melaka pun ~lah pd zaman Laksamana menjadi hulubalang itu; 2. tetap (berada di): maka ~lah Sang Sepurba menjadi raja.
karas I; karas-karas, kekaras
sj kuih yg dibuat drpd tepung beras
karas II = kekaras
sj tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, Aquilaria malaccensis.
karat I
selaput perang kemerah-merahan yg terbentuk pd besi oleh tindakan udara dan air: ~ besi; dimakan ~ berselaput dgn karat (rosak oleh karat); ~ hati ki perasaan jahat;
<>kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaannya);
mengaratkan menyebabkan (menjadi) berkarat;
karatan Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat.
karat II
1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang)
karat III
Kl; mengarat mengangkat
karat IV
~ besi sj tumbuhan (pokok renek), tampang (tampung) besi, Calicarpa longifolia
karatan
Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat
karate (karaté)
seni mempertahankan diri orang Jepun yg menggunakan tangan, kaki, siku, dan lutut sbg senjata
karau; berkarau
berkacau, bercampur baur, sedang mengaduk;
mengarau mengacau supaya bercampur baur
karbaid
bp karbida; lampu ~ lampu yg dinyalakan dgn karbida
karbida (Kim)
sebatian tak organik drpd karbon dgn unsur yg lebih elektropositif: kalsium ~
karbohidrat
1. sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yg terdapat semula jadi pd tumbuhan; 2. zat makanan (berupa gula dan kanji) yg memberi sumber tenaga kpd benda hidup (yg boleh menggemukkan badan jika diambil berlebihan);
berkarbohidrat mengandungi karbohidrat
karbol
Id karbolik;
dikarbol 1. disiram dgn karbol; 2. bp dimaki hamun (dicaci) cukup-cukup
karbolik
(Kim); asid ~ asid yg digunakan utk membunuh kuman dll
karbon
(Kim) sj unsur bukan logam yg wujud semula jadi dlm bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dll;
~ dioksida sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat sebanyak 0.03% dlm atmosfera); ~ monoksida sj gas yg tidak berwarna dan sangat beracun; ~ teraktif bentuk karbon yg berupaya menyerap gas, wap, atau pepejal koloid dgn banyaknya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang; ~ tetraklorida cecair yg tidak berwarna, beracun, dan digunakan sbg pelarut dll; kertas ~ kertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip)
karbonat
(Kim) sj garam drpd asid karbonik
|