Ditemukan : 578 Record
maru
sl sj hantu yg suka mengganggu orang.
maruah
Ar 1. sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; 2. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya; rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kerajaan dlm mempertahankan ~ tanah air;
bermaruah
mempunyai maruah.
marut I; carut-~; —> carut.
marut II; karut-~; —> karut.
marwas
sj alat muzik spt gendang (biasanya dimainkan bersama gambus).
Marxisme
teori politik dan ekonomi Karl Marx yg memperjuangkan kesamaan taraf manusia (masyarakat tanpa kelas atau kasta) dan percaya bahawa kapitalisme akhirnya diambil alih oleh sosialisme.
mas I
1. bp sj logam berwarna kuning yg mahal harganya; 2. sl sj mata wang; 3. Kl duit syiling yg bernilai 50 sen; ~ kahwin wang dll spt al-Quran yg wajib diberikan oleh pengantin lelaki kpd pengantin perempuan, mahar; —> emas I.
mas II
Jw 1. panggilan yg ertinya hampir sama dgn tuan, encik; 2. panggilan mesra utk suami dll: silakan masuk ~.
MAS
akronim bagi Malaysian Airline System (Sistem Penerbangan Malaysia).
masa I
1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya);
~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan;
separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir);
~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang;
~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah);
~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak);
~ kering musim kering;
~ lampau waktu yg telah lalu (lepas);
~ lapang (lega) waktu senggang;
~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain);
~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon;
~ rehat waktu utk berehat;
dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;
semasa
1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian~;
semasa-masa
sewaktu-waktu.
masa II = masakan
mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan perdagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima;
~ bodoh
a) tidak mempedulikan apa-apa; b) terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll).
masai I; kusut-~
masai II
Kd bengkak (bkn muka) kerana terlalu banyak tidur (terutama pd waktu siang).
masak
1. sudah tua dan boleh dimakan (buah-buahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampillah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak makanan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kelakuan orang dll), sudah difikirkan (dipertimbangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi keputusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka;
~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun;
~ akal matang pemikiran;
~ niatnya mempunyai niat yg tetap;
~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng;
makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram;
~ buah rumbia prb perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh);
~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat;
~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentukan tetapi kemudiannya berubah pula;
semasak
selama masa yg perlu supaya (buah-buahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama;
bermasak
yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~;
bermasak-masak
sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dll);
kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makanan;
bermasakan, bermasak-masakan
sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~;
memasak, mempermasak
sl membuat lauk-pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju;
~ air memanaskan air hingga mendidih;
~ nasi menanak nasi;
~ ubat membuat ubat;
memasak-masak
1. membuat bermacam-macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak;
memasakkan
1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi ; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu;
masakan
1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat memakan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan;
pemasakan
perihal (kerja, proses, dsb) memasak;
pemasak
1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk memasak; 3. Mn rempah-rempah.
masakan
mana boleh; —> masa II.
masakat —> masyakah.
masalah
1. sesuatu yg memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yg menimbulkan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kelebihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan;
bermasalah
mempunyai (ada) masalah, mengandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat;
memasalahkan, mempermasalahkan
menjadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan;
permasalahan
sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, persoalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi membuka jalan kpd pembaca utk mengenali peristiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita.
masalode (masalodé)
sj kuih India dibuat drpd kacang dal dan bahan-bahan lain, dibentuk bulat-bulat dan digoreng.
masam
1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~; mukanya berkerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih (muka) kerana marah dll, bersut, merengus, merengut: mukanya ~ setelah dimarahi oleh bapanya;
~ catung sangat masam (berkenaan muka);
~-kucam masam sungguh;
~ pahit Kd terlalu masam;
~ bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya;
bermasam; ~ muka
berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dll), tidak bertegur sapa;
memasam
menjadi masam: susu ini mulai ~;
memasamkan
menjadikan masam: dia menjeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya;
kemasaman
keadaan masam: cuka mempunyai kadar ~ sehingga 95%;
kemasam-masaman, masam-masaman
agak masam.
masamah
masap †; memasap
mengeluarkan wap, menguap, meruap.
masbuk
Ar yg didahului, iaitu makmum yg tidak sempat membaca Al-Fatihah atau sebahagian drpd Al-Fatihah sahaja bersama imam pd rakaat pertama sembahyang.
masdar
Ar tempat terbit, sumber, punca: al-Quranlah yg dijadikan ~ dan rujukan yg akhirnya mencipta bahasa Melayu moden.
|