Ditemukan : 578 Record
masnawi
1. sj sajak Parsi; 2. sesuatu bentuk puisi Melayu yg berasal drpd puisi Parsi (biasanya utk tujuan memuji-muji).
masoi
sj tumbuhan (pokok), Massoia aromatica; —> mesui.
massa
1. sekelompok benda yg banyak jumlahnya dan tidak teratur; 2. jumlah yg terlalu banyak: dr jambatan aku menoleh ke arah ~ yg spt semut banyaknya; ~ rakyat; 3. kumpulan orang ramai yg bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu: rapat ~; 4. jumlah zat yg ada dlm sesuatu benda, jisim.
mastautin; bermastautin
menetap (di), tinggal (di): keluarga mereka itu sudah turun-temurun ~ di negeri ini;
permastautinan
perihal bermastautin: ~ masyarakat Melayu;
pemastautin orang yg bermastautin (di sesebuah negeri): pemain yg mempunyai status ~ tetap dianggap sbg bukan warganegara.
mastuli
sj kain sutera yg kasar dan kuat;
jual sutera, beli ~ prb menggantikan sesuatu dgn yg lebih baik.
masuk
1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~ !; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (sekolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. menjadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah mengeruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~ , tak ada kerja, tak ada ~;
~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang;
~ akal dapat diterima oleh akal (fikiran), tidak mustahil;
~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll);
~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda;
~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll);
~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian;
~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil);
~ hati diterima oleh hati, bersetuju;
~ jawi Kd berkhatan;
~ kerja datang atau hadir bekerja;
~ kira terhitung (tergolong) dlm;
~ kompeni Id menjadi askar;
~ Melayu a) † menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu;
~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat;
~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk);
~ syaitan dirasuki syaitan;
~ tangan campur tangan;
~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang);
~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan;
~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar;
memasuki
1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. mengambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain);
memasukkan
1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadikan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun;
termasuk
1. sudak masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga;
kemasukan
1. dimasuki (hantu, orang halus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan;
pemasukan
perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan.
masup
masya-Allah
Ar 1. apa yg dikehendaki Allah; 2. sr kata utk menyatakan perasaan hairan dll.
masyaikh
masyakah, masyakat
Ar susah, sukar, kesusahan, kesukaran.
masyarakat
1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan;
bermasyarakat
merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~;
memasyarakatkan
memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat langsung dlm usaha ~ bahasa melalui penerbitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini;
kemasyarakatan
keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusteraan terlalu memberatkan soal ~;
ilmu ~ sosiologi;
pemasyarakatan
proses (usaha dsb) memasyarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini.
masyghul
Ar 1. berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung, sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~ ; 2. kesal hati, sebal hati;
memasyghulkan
1. menyedihkan (menyusahkan) hati: sekarang bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; 2. berasa dukacita (sedih dll) bkn sesuatu;
kemasyghulan
1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyembunyikannya; 2. menjadi (menderita) masyghul: ia masih sangat ~ .
masyhadat
Ar tempat orang berkumpul, perjumpaan, pertemuan.
masyhur = termasyhur
Ar 1. tersebar ke serata tempat (berita, peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg demikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg mengisahkan kehidupan seseorang yg ~ ; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur;
memasyhurkan
1. sl menyebarkan ke serata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (terkenal, ternama): Persatuan Belia akan mementaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air;
kemasyhuran
perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas;
pemasyhuran
perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dll): ~ kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
masyrik
Ar timur, negeri atau daerah di sebelah timur; dr ~ sampai ke maghrib dr timur sampai ke barat (seluruh dunia).
mat I; ~ gian
bp penagih dadah;
~ jenin orang yg suka berangan-angan;
~ saleh sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris).
mat II
kata yg menyatakan raja mati atau tidak dapat bergerak lagi (dlm permainan catur);
mengemat
mematikan atau mengepung raja hingga tidak bergerak lagi (dlm permainan catur).
mata I
1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula terkejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg berwarna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasangan dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15-10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hidangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratus-ratus jenis gulai;
~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp kekasih;
~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja;
~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dll);
~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), Ardisia crispa;
~ batin perasaan dlm hati, rasa hati;
~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil;
~ belanak pusat pusingan (lingkaran);
~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll);
~ besar sj ikan kap, Amblyrhynchichthys truncatus;
~ bisul lubang bisul;
~ buku buku jari dll;
~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar;
~ cemperling mata yg merah warnanya;
~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin;
~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus;
~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat);
~ dagangan barang-barang dagangan;
~ duitan tamak akan wang;
~ duli buku lali;
~ gawai † pembantu;
~ gelap mengamuk kerana marah dll;
~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergirigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak);
~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting);
~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri;
~ hitam bahagian biji mata yg hitam;
~ huruf tiap-tiap satu huruf;
~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll);
~ jahitan bahagian yg dijahit;
~ jala (jaring) lubang-lubang yg terdapat pd jala (jaring);
~ jalan penunjuk jalan, peninjau;
~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail;
~ kain corak kain;
~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali);
~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll);
~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil);
~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf);
~ kemung mata yg besar;
~ keranjang suka melihat perempuan;
~ kerek bulatan pd kerek;
~ ketam besi tajam pd ketam kayu;
~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk;
~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio;
~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll);
~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya);
~ ipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram;
~ lolong Kl mata yg tersembul;
~ luka lubang atau liang luka;
~ pajak † (Palembang) orang yg wajib membayar cukai;
~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam);
~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll);
~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis;
~ pencarian (penghidupan) pekerjaan yg dilakukan utk mendapatkan sara hidup;
~ perdagangan barang-barang dagangan;
~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul;
~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir;
~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi);
~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll);
~ rantai gelang-gelang pd rantai;
~ sangkar benet, bayonet;
~ surat Id tulisan (huruf) pd surat;
~ susu puting susu;
~ tangga sela antara dua anak tangga;
~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi;
~ tombak hujung tombak yg tajam;
~ tunas tunas yg baru bercambah;
(di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai;
~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri;
dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat);
~ memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan = berapa berat ~ memandang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu;
mendingin
1. menjadi (terasa) dingin: apabila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat;
tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli;
mendingini 1. = mendinginkan menjadikan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. † berubat (utk menyihatkan badan);
mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta memperlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat;
kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk melindungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu;
pendinginan perihal atau perbuatan mendinginkan;
pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak meninggalkan cecair; ~ udara alat utk mendinginkan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya terlambat dr biasa.
menjamin
1. = jaminan cagaran, tanggungan; surat ~ surat yg menyatakan jaminan atas seseorang atau sesuatu; wang ~ wang yg dibayar kpd pihak tertentu utk menjamin seseorang; 2. = penjamin;
menjamin 1. berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah dijamin oleh abangnya; 2. menanggung keselamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia?
terjamin tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~;
jaminan 1. akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tanggungan; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg dijamin oleh hukum; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah dijadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat;
keterjaminan keadaan terjamin: utk memastikan ~ masa depan parti ini, perlulah kita bersatu teguh;
penjaminan perbuatan menjamin;
penjamin 1. orang yg sanggup menjaga (menanggung) keselamatan orang lain; 2. orang yg sanggup memenuhi kewajipan (membayar hutang dll) orang lain apabila orang itu tidak dapat menepati janjinya; 3. orang yg menjanjikan sesuatu
menjana kuasa
menghasilkan tenaga elektrik (terutamanya di stesen jana kuasa)
|