I sj tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera;
~ bawang = ~ manis kelapa yg boleh dimakan dgn sabut-sabutnya;
~ bisu Kl orang tua yg pendiam tetapi berakal;
~ cungkilan = ~ sungkuran buah kelapa yg isinya baru hendak keras;
~ dara pohon kelapa yg belum berbuah;
~ gading a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa);
~ ingusan buah kelapa yg baru hendak berisi;
~ kapal Kl nyiur yg berbatang kecil dan rendah;
~ koman Kl, ki orang yg tidak berguna kpd masyarakat;
~ masam Kl a) nyiur yg busuk kerana rosak; b) perempuan yg tidak berguna;
apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula;
laksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis;
orang yg bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya;
umpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang.
1. panggilan kpd perempuan Cina yg sudah bersuami; 2. perempuan Cina drpd golongan Baba; 3. Id panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami;
~ rumah perempuan tuan rumah, perempuan yg empunya (memiliki) rumah.