Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.216
Hari ini : 18.255
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
‹ First  < 24 25 26 27 28 > 
nyanyang

Mn tidak tenang hati, gelisah.

nyanyar

1. lunak pd sebelah luar (kulit), bonyor; 2. gambut, gembur (tanah dll).

nyanyi

gubahan muzik yg dilagukan dgn suara: dr jauh terdengar ~ seorang gadis;

peti ~ alat utk memainkan piring hitam;

bernyanyi, menyanyi

melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi;

menyanyikan

melagukan (dgn nyanyi): Salmah ~ lagu itu;

nyanyian

nyanyi;

penyanyi

orang yg menyanyi, tukang nyanyi, biduan.

nyanyu †; menyanyu

bercakap yg bukan-bukan, meraban, merepek.

nyanyuk

berkelakuan spt kanak-kanak (bkn orang yg sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bkn fikiran orang yg sangat tua), raban: entahlah, orang tua itu sudah ~ betul.

nyapang

† kawan, sahabat, teman.

nyapnyap

Jk bercakap mengikut suka hati sahaja, merepek.

nyapung

Kl mencarut.

nyarang

1. sj tumbuhan (rumpai), Cythula prostrata; 2. = ~ songsang sj tumbuhan (rumpai yg dibuat ubat), Achyranthes aspera.

nyarik

† keras suara; nyaring.

nyaring

1. keras dan terang (bunyi, suara), lantang: telah genap tujuh kali dinobat itu, maka bentara pun berseru dgn ~ suaranya; 2. elok (tajam) pendengaran: telinga kanak-kanak ~ ;

menyaringkan

menguatkan (suara, bunyi); ~ telinga mendengar baik-baik;

kenyaringan

keadaan atau hal nyaring.

nyaris, nyaris-nyaris

hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas: barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga ~ keselamatan panglima mereka terancam.

nyaru

Jk menyamar sbg; saru I.

nyarum

sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria rostrata;

nyarum-nyarum, nyenyarum

sj tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula.

nyata

1. jelas dan terang (pd pendengaran, penglihatan): dr jauh tampak ~ lembaga itu; 2. nampak dgn terang, ketara: makin aku perhatikan orang itu, makin ~ tujuannya; 3. benar-benar ada, maujud, wujud: alam yg ~ ;

menyatakan

1. menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. memberitahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ketibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja;

ternyata

1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; kesalahannya sudah ~ ; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar;

kenyataan

1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahu, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~ ; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata;

pernyataan

kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, permakluman: ~ perang; satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam;

penyataan

perbuatan menyatakan (melahirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat;

penyata

sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~ ; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan kedudukan kira-kira; ~ tahunan laporan tahunan.

nyatuh

1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

nyawa

1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ menentang bahaya maut; minta ~ minta dihidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda;

~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya;

satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri);

senyawa

sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati;

bersenyawa

menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan ~ menjadi air;

mensenyawakan

menjadikan senyawa;

mempersenyawakan

menjadikan bersenyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain;

persenyawaan

perihal bersenyawa, perpaduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~ ;

bernyawa

mempunyai nyawa, hidup.

nyedar

nyenyak (tidur), lelap, lena: orang lain di rumahnya masih lagi terlantar tidur dgn ~.

nyeding

Kl berjalan dgn melentikkan belakang.

‹ First  < 24 25 26 27 28 >