Ditemukan : 1433 Record
cabuk II
sj ikan laut, Chirocentrus dorab.
cabuk III → cambuk
cabuk IV
buruk dan tidak berguna lagi: kasut yg sudah ~ dibuangnya.
cabul I
1. keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (bkn perbuatan, tindakan, pertuturan, dll): kata-kata ~; gambar ~; sastera ~; 2. melanggar adat dan kebiasaan (bkn kelakuan dsb), (sangat) buruk: apa sahaja yg dibuatnya ~ belaka; 3. melanggar larangan (pantang);
~ di hutan (laut) mengeluarkan perkataan-perkataan yg memarahkan hantu-hantu hutan (laut); perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal, pelacur;
bercabul 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~;
mencabul, mencabuli 1. menodai, mencemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet;
kecabulan perihal cabul;
pencabulan perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan;
pencabul orang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain.
cabul II
orang yg terlalu pendek; → cebol.
cabur I; kecaburan
kekacauan, rusuhan; cabuh.
cabur II
Mn; → cebur.
cabut I
1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera;
bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus;
mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa (ki) mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut;
mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus);
mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang;
tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya;
cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; 2. petikan (drpd karangan dsb);
pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pembatalan, penghapusan;
pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku.
cabut II
komisen, dalal, upah; ~ sepuluh satu dlm tiap-tiap sepuluh (sen, ringgit, dll), satu (sen, ringgit dll) diambil sbg komisen
cabut III
main ~ sj permainan terup, main dua puluh satu.
cabutan
1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; 2. petikan (drpd karangan dsb);
caca I
sj masakan drpd sayur-sayuran dll yg berkuahkan cuka; ~ anak ikan caca yg dicampur dgn ikan kecil, pekasam anak ikan.
caca II
sj bubur yg isinya dibuat drpd adunan tepung (yg diwarnai dgn pelbagai warna, digunting, dan dikeringkan).
caca III
sj irama dan tarian Barat.
cacah I; bercacah
bergambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakan kulit dgn benda yg tajam dan mewarnainya;
mencacah 1. mencucuk-cucuk kulit dgn jarum atau benda yg tajam; 2. membuat gambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakannya dgn benda tajam dan diwarnai; 3. menyuntik; 4. ki menggarap sesuatu dgn cara menyelidik dan menganalisis secara mendalam: persoalan itu dicacah secara cermat dan dgn penuh keilmuan;
pencacahan perihal (perbuatan) mencacah: ~ pengalaman melalui manipulasi matematik; ceracah.
cacah II
sj tumbuhan (pokok), lempoyan, Stereospermum fimbriatum
cacah III
Jw; mencacah mencencang halus-halus: ~ daging.
cacah IV
Jw 1. bilangan, jumlah; ~ jiwa banyaknya penduduk (di sesuatu daerah); 2. catatan tentang bilangan penduduk, banci;
bercacah mempunyai bilangan penduduk; ~ jiwa seribu orang banyaknya penduduk ialah seribu orang.
cacah V
Jw † petani yg menjadi anggota desa.
cacah VI
Mn cecah.
|