Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 657
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
 < 1 2 3 4 5 >  Last ›
cacak I

tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;  

      mencacak berdiri tegak lurus; ~ tonggak berdiri dan terdiam sebentar; 

      mencacakkan 1. menanam sesuatu tegak (di tanah dll): ~ tiang bendera; ~ belat menahan belat; 2. mendirikan, menegakkan: pelita minyak yg dicacakkan di tepi jalan itu menerangi kegelapan; 

      tercacak 1. terdiri (berdiri) tegak: jambul ~ di atas kepala; 2. tertanam, terpancang tegak: tali itu tergantung pd galah yg ~ di tanah; 3. terbenam (tertanam) ke dlm sesuatu (tanah, badan, dll); ~ spt lembing tergadai prb terdiri tegak dan tercengang-cengang.

cacak II

Mn; mencacak 1. mencubit; 2. menyeluk saku (kocek); 

      pencacak penyeluk saku (kocek). 

cacamarba
mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian: akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan ~ yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional
cacamerba → cacamarba
cacang I
sj tumbuhan (herba), kerak-kerak, sumpu cacing, Bonnaya veronucaefolia; ~ layer sj tumbuhan (yg tumbuh di air, bunganya berwarna biru), kelayar, Monochoria hastata
cacang II
Kl,Tr cacak; 
cacang II

bercacang berdiri (tegak): tidak guna kita ~ di tengah panas ini; 

bercacangan penuh sesak orang berdiri

cacap

sj air pelebat rambut (dibuat drpd air batang pisang, air akar empelas, dll); 

      mencacap 1. membasahi rambut dgn cacap; 2. Jw membasahi kepala, mengusap-usap kepala; 

      mencacapi † menggenangi, merendami

cacar I

sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit, ketumbuhan;  

      ~ ayam sj penyakit ayam; ~ air cacar yg mengandungi air, cengkering, jelutung; ~ betul = ~ nanah cacar yg mengandungi nanah; ~ lembu sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kpd manusia); ~ monyet sj cacar yg kecil-kecil; ~ palsu campak; 

      bercacar ditanam benih cacar (utk mencegah penyakit cacar), bercungkil; 

      mencacar menanam benih cacar dlm tubuh, mencungkil; 

            pencacaran perihal mencacar, pencungkilan
cacar II
† Tr lincah
cacat

kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pd badan (benda, perbuatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjemput dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat;  

      bercacat mempunyai cacat, bercela; 

      mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; 

      mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; 

      tercacat tercela;

      cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi~;  

      kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll;

      pencacat orang yg suka mencacat(i), pencela, pencerca

cacau

1. kacau, keliru, tidak tetap (fikiran, hati, perbuatan, dll); 2. menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu perasaan dan fikiran; 3. † gugup (kebingungan dll); 

      mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu fikiran dan perasaan, meracau; 

      cacauan yg disebut semasa mencacau, racauan: tiada seorang pun yg dapat mengerti ~ Yusof itu; 

      pencacau azimat utk mengelirukan atau membingungkan orang

caci

cela, cerca, nista; ~ maki kata yg keji dan kotor; 

      bercaci-cacian saling mencaci, saling mencela, saling mencerca, saling menghina;  

      mencaci 1. mengatakan keburukan orang, mencela, menghina: dia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain; 2. = ~ maki memaki-maki dgn kata-kata yg keji dan kotor; 

      tercaci dicaci, terkeji: sifat-sifat yg ~; 

      cacian celaan, cercaan, nistaan;  

      pencaci orang yg mencaci
cacibar
sj burung, taptibau, Eurostopodus temminckii
cacil
† sangat kecil (kalau dibandingkan dgn pasangannya atau lain-lain)
cacing

beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yang hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); 

      ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap);  

      ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; 

      mencacing sangat kurus (badan); 

      cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut

cadai I; mencadai
bergurau-gurau, bermain-main, berolok-olok
cadai II
kain basahan mandi
cadak I
(bkn tiang) condong
cadak II
Jh berbeza
 < 1 2 3 4 5 >  Last ›