Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.996
Hari ini : 22.965
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 51 52 53 54 55 >  Last ›
cias
tidak sabar, meradang
ciau I; menciau
berkayuh (mengayuh) sambil berdiri (dgn menggunakan pengayuh panjang)
ciau II; terciau
terselak (hingga nampak anggota spt melukah): kain ~. 
ciau III
periuk tanah tempat memasak air dll  
ciau IV → ciu I
cicah I → cecah I
cicah II

sj tumbuhan (pokok) dlm famili Bignoniaceae, Stereospermum spp

cicak

sj reptilia kecil (badan dan ekornya panjang dan kakinya empat), Hemidactylus spp.; 

      ~ kubin a) sj reptilia, Draco volans; b) ki (orang yg) sangat kurus; ~ terbang sj reptilia, Ptychozoon kuhli; spt ~ makan kapur prb a) beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; b) bersenang hati (gembira)

cici → cicit I
cicih
rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput buah, rumput macap merah, rumput sabut, Daemonorhops hystrix; rumput ~ = rumput ~ minyak sj tumbuhan (rumput), rumput duduk, rumput kusum, Daemonorhops calicarpus; rumput ~ landak sj tumbuhan (rumput), rumput air, rumput cernang (jernang)
cicik I

jijik, meluat;  

      mencicik menganggap cicik, membenci, menghina: orang miskin jangan dicicik

cicik II †; mencicik
1. mendesing, mendesis (bunyi air mendidih dll); 2. ki mengalir keluar (peluh)
cicil I

Jw; mencicil mengansur, membayar beransur-ansur;  

      cicilan ansuran: tiga ringgit sedikit sekali tuan, dgn apa saya bayar ~ sepeda saya;  

      pencicilan perihal mencicil, pengansuran

cicil II

Jw; mencicil membelalak (mata), melihat dgn mata yg terbelalak

cicilan
ansuran: tiga ringgit sedikit sekali tuan, dgn apa saya bayar ~ sepeda saya; 
cicinda
bh cicit
cicip I → cecap
cicip II; mencicip
berbunyi spt bunyi burung dll, mencicit, menciap
cicir

tumpah atau jatuh sedikit-sedikit (bkn barang yg berbiji-biji atau kecil-kecil);  

      berciciran tertumpah atau jatuh sedikit-sedikit dan bertaburan; yg dikejar tak dapat, yg dikandung (dikendong) ~ prb apa yg dicari itu tidak diperoleh, barang yg ada pula hilang atau habis;  

      mencicirkan menaburkan sedikit-sedikit, menyebabkan cicir (berciciran);  

      tercicir 1. tertumpah berciciran; 2. jatuh (hilang) di tengah jalan (wang dll yg dibawa); 3.tertinggal (di belakang) drpd kumpulan atau drpd teman-temannya; 4. ki ketinggalan (dlm proses kemajuan dsb), ditinggalkan oleh orang (negara dll) yg terus mencapai kemajuan atau kejayaan; 

      keciciran ketinggalan (dlm proses kemajuan dsb), tercicir

cicit I
anak kpd cucu, cici
‹ First  < 51 52 53 54 55 >  Last ›