Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.455
Hari ini : 24.024
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 49 50 51 52 53 >  Last ›
cetera II

cerita, ceritera: demikian mula ~nya;  

      menceterakan menceritakan: adapun diceterakan oleh orang yg punya cetera ini

ceterawara
cerita sandiwara yg mempunyai satu babak (tidak ada selingan antara adegan-adegannya)
ceteri
khemah, tenda (di kapal dll)
ceteria
sl anak raja-raja, kesateria: maka duduklah segala orang kaya-kaya, dan segala ~, sida-sida, bentara hulubalang, masing-masing pd martabatnya 
ceti I

(céti) 1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yg mengenakan bunga yg tinggi; 2. orang India dr Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga)

ceti II

 (céti) tali barut (menghubungkan perempuan dgn laki-laki), muncikari, pinang muda, barua, jaruman, alku, ibu ayam;

      menceti menjadi tali barut (menghubungkan perempuan dgn laki-laki)

cetok
Jk 1. sj tudung kepala (spt terendak cina); 2. = topi ~ sj topi yg dibuat drpd gabus, topi keras
cetok I

(cétok) paruh;  

      mencetok mencatuk, memagut, mematuk

cetok II

(cétok) sj alat yg dipakai oleh tukang tembaga (loyang)

cetok III
(cétok) Jw keri
cetong
(cétong) Kl, Tr bekas air minum dll (dibuat drpd logam), kole
cetum

Kl sapu tangan (kain dll) yg dipakai utk membungkus dan membawa sesuatu;  

      mencetum membungkus dgn memegang keempat-empat bucu sapu tangan atau kain utk membawa sesuatu

cetus

bunyi spt bunyi besi digoreskan ke batu dll; ~ api Mn pemetik api (drpd batu, besi, sabut, dll), teker; bak ~ api prb (orang yg) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dll);  

      mencetus 1. meletus (melompat) ke luar (bkn bunga api), mengeluarkan bunga api; 2. = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (gores api dll); 3. Mn (bkn kuda dll) menggigit orang dgn diam-diam; 4. Mn ki mencari-cari kesalahan;  

      mencetuskan 1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api); 2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dll) dgn sekonyong-konyong, menerbitkan: hasrat mereka utk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi; lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yg akan membuka lembaran baru;  

    cetusan 1. apa yg ditimbulkan (dilahirkan dll), sesuatu yg terbit drpd, pancaran, jelmaan: tulisan itu adalah satu ~ perasaannya; 2. = ~ api cahaya api yg berkilat dll, bunga api yg terbit;  

      pencetusan perihal mencetuskan atau menerbitkan (sesuatu): ~ idea-idea baru di kalangan intelektual di universiti tidak mungkin berlaku jika pensyarah, mahasiswa, atau siswazahnya tidak banyak membaca

cewang
(céwang) Mn † belum ada ketetapan fikiran, tidak tetap hati               
cewe

(céwé) 1. nama samaran bagi binatang (reptilia dll) yg pantang disebut nama betulnya; 2. Kl ular;  

      ~ angin rusa; ~ aum (mengaum) harimau; ~ bek kambing; ~ bok lembu; ~ ceblek ular; ~ cek tikus; ~ deras kuda; ~ duri landak; ~ epek badak; ~ gigi jarak (panjang) buaya; ~ keng anjing; ~ kerek monyet; ~ kerek nyiur tupai; ~ kuning sami Buddha; ~ untut gajah; ~ wak kerbau; ~ yong kucing

ceweh I
(céwéh) cewe
ceweh II
(céwéh) Tr sial
cewi
(céwi) Kl, Pl suka menunjuk-nunjuk, suka menggaya (memakai pakaian yg cantik-cantik dll)
champagne
(syémpén) sj wain putih dibuat di provinsi lama Champagne di Perancis
CHOGM
akronim bagi Commonwealth Heads of Government Meeting (Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel)
‹ First  < 49 50 51 52 53 >  Last ›