Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.822
Hari ini : 22.042
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 53 54 55 56 57 >  Last ›
cikrak → cikerak I
ciku

sj tumbuhan (pokok dan buahnya), sauh menila, Achras zapota

cikun

Mn; bercikun-cikun bermuafakat dgn diam-diam atau bersembunyi-sembunyi.

cikutan
Jk tersedu-sedu
cilap I †; tercilap-cilap
terkelip-kelip
cilap II; mencilap
mencuri; cilok
cilawagi
sl nenek moyang tingkat yg kelima, datuk kpd moyang (orang tua, datuk, moyang, buyut, cilawagi), cakawari
cili
cabai, lada, Capsicum spp
cilik
Jw kecil
cilim → culim
cilok

Mn; mencilok mencuri;  

      pencilok pencuri; cilap II

cimcili
sj burung murai
cimni
bp corong (drpd kaca) pd lampu minyak, setom
cimpanzi
sj mawas Afrika yg berbulu gelap tetapi lebih kecil drpd gorila, Pan troglodytes
cimplong

dadu ~ Id sj permainan dadu

cin
Pr sr kata utk menyuruh gajah berjalan perlahan-lahan
cina I

bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua;  

      ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya, kemudian diceraikannya supaya perempuan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai;  

      kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina, yg mementingkan (memperjuangkan hak dan kepentingan) bangsa Cina sahaja: Dr. Syed Husin Ali memberi alasan wujudnya parti pembangkang (DAP) yg memainkan sentimen ~ membuat pengundi Cina tidak memangkah MCA; akhirnya timbullah perasaan ~ dan keindiaan

cina II
~ maki a) sj tumbuhan (pokok), gelam bukit, Leptospermum flavescens; b) sj tumbuhan (pokok), cucur (hujan) atap, daing (Kl), rempah gunung (Ph), timur tasik, Baeckia frutescens; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok) akar berimbung, akar kacang betina (purai), akar sesudu, Taeniochlaena griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuning (kunyit-kunyit), Limacia oblongata; akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok), akar selupat, Iodes velu tina; akar ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga jengkal, Neuropeltis racemosa; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya yg berwarna putih atau kuning yg biasanya berbau wangi), Gardenia augusta; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), jati bukit, se(n)tada, Podocarpus neriifolius
cinabeng
 (cinabéng) bk celaka, sial
cinca
sj kain tenun yg halus dan berbunga-bunga, kimkha, kingka
‹ First  < 53 54 55 56 57 >  Last ›