Ditemukan : 1433 Record
coket
(cokét); mencoket mengambil sedikit, mencolek
coklat
1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap;
kecoklatan kelihatan agak coklat: lantai mozek berwarna ~.
cokmar
1. sl sj batang besar dan berat yg kepalanya dibuat berduri-duri dan digunakan sbg senjata; 2. sj batang drpd logam yg berukir indah, digunakan sbg tanda kebesaran atau kekuasaan dlm upacara tertentu (spt sewaktu memulakan sidang parlimen, upacara diraja, dsb)
cokoh; tercokoh
termenung, melengung; duduk ~ duduk melengung
cokok I; mencokok
mencebur (mencempung) air sewaktu mandi
cokok II
bunyi jeritan (teriakan) orang latah;
mencokok menjerit (orang latah), memekik
cokok III
Mn; mencokok menangkap (ayam, ikan, dll)
cokok IV
parang ~ sj parang yg cengkok
cokok V; pencokok
orang yg jahat, penipu, bicokok
cokol
Jk; bercokol 1. duduk berkumpul beramai-ramai (di); 2. ki (bkn kumpulan penyamun dll) tinggal (di), bersarang (di); mencokolkan meletakkan periuk (cerek dll) di atas dapur (anglo dll)
cokola
† coklat
cokot
Jw; mencokot menggigit, menyengat
cola
~-cala omong (cakap) kosong, borak
colar
~-calar cakar-balar, calar-balar
colek I; secolek
(colék) 1. sebanyak yg disentuh (diambil, dicalit) dgn hujung jari; 2. sedikit sangat, sececah: dia beri kuih ~ sahaja kpd adiknya;
mencolek 1. menyentuh (mengambil, mencalit, dll) dgn hujung jari: kelihatan ia ~ dinding dgn telunjuk kanannya; 2. mencecah kuah (manisan dll); 3. mencungkil dgn hujung jari (bilah dll) utk mengeluarkan atau mengambil sesuatu: ~ tahi telinga dgn rokok daun; 4. menggores (memantik) dgn bilah gores api dll; 5. menyentuh (menggamit) dgn hujung jari; ~ gamit memegang-megang (menyentuh-nyentuh, menggeletek, dll) spt pd masa bersenda gurau dll; ~ hati menggelikan hati;
pencolek; ~ api Kl mancis, korek api, colet
colek II
(colék) Mn; mencolek menghasut, menaikkan darah, menimbulkan kemarahan
colek III
(colék) Kl, Tr 1. buah-buahan yg dicecah dgn pencecah; 2. sj sambal yg cair utk dicecah dgn buah-buahan, keropok, dll
colet (colét) → colek I
coli
baju dalam perempuan utk mengampu buah dada, kutang
colok I
1. suluh yg dibuat drpd kain buruk yg dililitkan pd kayu dll dan dicelup ke dlm minyak; 2. bilah yg dibubuhi damar (belerang dll) utk dibuat suluh; 3. belang putih pd ekor anjing yg hitam; 4. Tr mancis api; 5. bilah yg disalut dgn campuran habuk kayu, tanah liat, dll utk dibakar ketika menyembah tokong dll (biasanya digunakan oleh orang Cina);
mencolok, mencoloki menyuluhi dgn colok
|