Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.245
Hari ini : 18.263
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 61 62 63 64 65 >  Last ›
compes
(compés), compis sumbing-sumbing pd tepinya (pinggan, piring, dll)
compoh

C tukang masak di kapal

compor
harimau congkok (campa)
concong; menconcong
berjalan terus dgn tidak memandang-mandang ke kiri kanan
condak
~-candik tidak teratur (tersusun), congkah-cangkih: buah kepayang ~-candik, dgn sedahan dipanjat dik beruk 
condong

1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharusnya atau menurut adat; 

      mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh;   

      mencondongkan memiringkan, menyengetkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd;  

      tercondong condong;  

      kecondongan kecenderungan, minat

conek
(conék) konek, kemaluan budak lelaki
conet
(conét) 1. sj alat pembiakan yg terdapat pd sesetengah binatang spt lipas (ikan yu, dll); 2. = menconet terangkat (tercuat) sedikit (hujung misai dll)
cong I
Kl, sr kata utk menyuruh lembu mengangkat kakinya
cong II
(Palembang) terung
cong III
bp temberang
congah
angkuh, pongah, sombong
congak

kira-kira (taksiran) yg dibuat dlm kepala sahaja (tidak dgn menuliskan pd kertas atau menggunakan alat pengira): pd ~nya, hutang yg bertabur itu tidak kurang drpd lima ribu; angka-angka itu dapat dicampurkan dgn ~ sahaja; ~-cangit mendongak dan menundukkan muka berkali-kali;  

      mencongak 1. menaikkan (mengangkat) kepala atau muka ke atas, mendongak: dia ~ memandang kpd aku; 2. menghitung atau mengira dlm kepala sahaja (tidak dgn mengira-ngira pd kertas atau menggunakan sesuatu alat pengira): ayat yg di dlm kurungan itu menunjukkan taakul yg mesti dibuat dgn ~ sahaja, tidak payah dituliskan; 3. mengagak (meneka, menduga): dia tidak dapat ~ apa yg akan jadi pd masa hadapan;  

      mencongakkan mendongakkan kepala (muka)

congcong
~ hari sj tumbuhan (rumpai), cenderung hari, condong hari, jenduang hari, rumput sepagi, rumput tahi babi, Vernonla cinerea
congeh
(congéh) terbuka luas (bkn luka)
cupit → supit
cuping
keping kecil; se~ sekeping; ~ hidung bahagian pd kiri kanan lubang hidung; ~ telinga bahagian bawah daun telinga; rasa pedih ~ telinga prb marah mendengar sesuatu perkataan dll  
cupil
dekat tepi sangat
cupet

Jw pendek, singkat, tidak sampai, sempit, picik;  

      kecupetan kesempitan, kepicikan

cupar II
Jk terlalu lokek dan selalu campur tangan dlm kerja isteri (kerja dapur)
‹ First  < 61 62 63 64 65 >  Last ›