Ditemukan : 1433 Record
congki
C sj permainan spt permainan catur
congklang
Jk; bercongklang, mencongklang berlari deras (bkn kuda): dlm perlumbaan itu, semua kuda ~ utk cuba mengatasi satu sama lain
congkok
macan ~ harimau compor (campa)
congkong I
Mn; mencongkong mencangkung
congkong II
Mn rumah tempat berkawal, rumah jaga, gardu
congo
Jk pencuri, tukang copet
congok; mencongok
duduk atau berdiri tegak, berconggok
congol
Jk; mencongol menyembul (menonjol) keluar (dr lubang dll), menjengul: sebuah Opel biru ~ keluar dr pintu pagar buluh
congong
Pr bingung, bodoh
congor
Jk jongor
conor
1. sj ikan laut, Saurus myops; 2. sj ikan laut, Saurida tumbil; 3. sj ikan laut, Trachinocephalus myops
conteng
(conténg) coreng, coret, calit, palit;
berconteng-conteng bercoreng-coreng (dgn cat, arang, dll), bercalit-calit, berpalit-palit: papan hitam itu dilihatnya penuh ~ dgn kapur;
menconteng mencoreng (dgn cat, arang, kapur, dll), mencalit, memalit: adik saya suka sangat ~ buku saya; ~ arang di muka prb memberi malu (aib);
mencontengkan mencorengkan, memalitkan: ia asyik ~ cat di papan itu;
terconteng 1. sudah diconteng, tercoreng; 2. ki mendapat malu (aib);
contengan hasil menconteng: kertas yg putih bersih itu menjadi comot dgn ~.
contengan
hasil menconteng: kertas yg putih bersih itu menjadi comot dgn ~.
contoh 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat-sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid;
mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya;
mencontoh mengambil jadi contoh, meneladan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh;
mencontohi 1. membuat sesuatu dgn mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula menunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w.; 2. † memberi contoh kpd;
mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu;
contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya;
percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~.
contong
Jw daun atau kertas pembungkus yg berbentuk kon, kelongsong (kacang dll)
cop I
Kd 1. sj alat utk menggali tanah; 2. sj alat yg digunakan utk mengupas kelapa
cop II
Kd meniup (lilin, pelita minyak tanah) dgn menggunakan mulut, menghembus
copak
~-capik (berjalan) pincang
copeh
(copéh) Tr bilangan yg sedikit: bawa ~ kertas, saya hendak menulis
copeng
(copéng) cuping;
copengan potongan atau kepingan kecil, serpihan: dia ternampak ~ kertas ketika berjalan
copet
(copét), = tukang ~ pencuri (wang dlm saku, barang-barang yg dipakai, dll), penyeluk saku;
mencopet mencuri (wang dlm saku), menyeluk saku;
kecopetan kehilangan barang (wang) kerana kena curi, kecurian;
pencopetan perihal mencopet (barang-barang yg dipakai dll), pencurian;
pencopet orang yg mencopet, penyeluk saku
|