Ditemukan : 1433 Record
campak I
buang, lempar;
~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat;
mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin;
mencampakkan melemparkan, membuangkan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu;
tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil
campur
~ bicara = ~ mulut masuk campur (dlm hal orang dll); ~ tangan a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll ;
bercampur 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu;
~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati;
~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat;
bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk;
mencampuri 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri;
mencampurkan 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. menjadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. menghubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~ nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi;
tercampur sudah bercampur, tergaul, terkacau;
campuran 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian;
percampuran 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan;
pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan
campur aduk
= ~ baur sangat beraduk;
bercampur aduk sudah bergaul (berkacau, berbaur, dll) betul, bercampur (bergaul dll) dgn tidak berketentuan;
mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk: filem Melayu itu kerap dicampuradukkan dgn pelbagai rupa kebudayaan; kadang-kadang mereka ~ penggunaan istilah ‘Melayu’ itu dlm konteks politik yg berbeza
campur baur → campur aduk
camuk I
Mn tikam, amuk;
mencamuk menikam, mengamuk
camuk II; bercamuk
tidak teratur, bersepah-sepah, berselerak: kain baju di dlm almari itu ~ ditariknya;
kecamukan keadaan tidak teratur, kecelaruan: persoalan tersebut menimbulkan ~ dan ketidaktentuan dlm sistem perkhidmatan
camur; mencamurkan
menghamburkan (menaburkan ke mana-mana)
can I
bp peluang, harapan, kesempatan baik: aku tak kasi ~ kpd si Murad tu
can II = bercan
bp bercinta, berkasih: sedang anak tuk penghulu tidak berani ~ dgn anaknya, ini pula saya, sekolah Melayu sahaja
cana
sj tumbuhan (pokok), merbatu layang, merjagung, sauh hutan, songkok harimau, Parinanium corymbosum (griffithianum)
canai
batu ~ batu yg digunakan utk mengasah sesuatu, batu asah; ~ fikiran sesuatu yg menambah pengetahuan atau memajukan fikiran (spt buku, pendapat, dll);
mencanai 1. mengasah sesuatu dgn batu canai; 2. melicinkan, meratakan, mengilatkan; 3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri; 4. membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat utk membolehkan kerajaan ~ surat-surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin; spt dicanai rupanya prb cantik atau elok rupanya;
tercanai sudah dicanai (dibentuk, disesuaikan): perkara ini ~ menjadi suatu penjelmaan yg tersendiri;
canaian 1. perihal mencanai; 2. sesuatu yg telah dicanai; 3. ki latihan;
pencanai 1.orang yg kerjanya mencanai (mengasah), pengasah; 2. alat utk mencanai (menggelek adunan kuih): papan ~.
canaian
1. perihal mencanai; 2. sesuatu yg telah dicanai; 3. ki latihan;
canak †; mencanak
mencuar, tegak memanjang
canang
gong kecil (utk memberi alamat, menyerantakan, dll): baginda bertitah menyuruh titir ~ pemanggil;
mencanangkan 1. mengumumkan kpd orang ramai (dgn memukul canang dll), menyerantakan; 2. menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan: kanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu;
pencanang orang yg mencanangkan sesuatu (berita, kejadian, dsb.)
canar
~ babi sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar semenjuh, banar babi, a) Smilax helferi; b) Dioscorea spp.; ~ bokor (gede, gengge, minyak) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar (kelona, berunuh, lampu bukit), Smilax megacarpa
cancang I
tercacak, terdiri tegak lurus, mencuar
cancang II
cancang III
Jw; mencancang menambat
cancut
Jw; bercancut menyingsingkan lengan baju atau kain (bersiap utk melawan, bekerja, dsb);
mencancutkan menyingsingkan lengan baju atau kain
canda I
1. kelakuan; 2. Jk gurauan, kelakar; 3. Mn rupa: pernahkah aku melakukan yg buruk rupanya dan salah ~nya?
bercanda 1. berkelakuan, bertingkah; 2. Jk bergurau, berkelakar: dia turut ~ dan bergurau hanya sekadar perlu
|