Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 2.136
Hari ini : 29.655
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 5 6 7 8 9 >  Last ›
calak IV

Mn sj asah; ~ ganti asah, menanti tukang belum dating prb menggunakan apa yg ada sementara menunggu yg lebih baik lagi (dipakai utk sementara waktu sahaja); 

      mencalak menggosok, melampas, mengasah

calak V
Tr mencuit (sesuatu) dgn kuat dgn menggunakan hujung jari
calang I
 bukan ~-~ bukan sebarang, bukan alang-alang: pesertanya ramai, pengerusinya pula bukan ~-~ orang
calang II → pencalang
calik mencalik

memandang, melihat;  

pencalikan pemandangan, penglihatan

caling I → culang-caling
caling II
Jk taring
calit

1. tanda spt cat (kapur dll) yg telah disapukan atau dipalitkan sedikit, palit; 2. bp tanda berbentuk V pd pakaian seragam anggota polis atau tentera yg menunjukkan pangkat (hingga ke taraf sarjan sahaja): dgn satu ~ di lengan, saya mula berasa selesa memakai pakaian seragam; ~ api mancis api, gores api; 

      bercalit kotor kerana kena sesuatu spt lumpur dsb, berpalit;  

      mencalit menyapu, menggores: kedengaran orang ~ mancis api dr dlm bilik;  

      mencalitkan memalitkan, menggoreskan: dicubanya ~ cat yg sudah dicampurnya itu di atas sehelai kertas; ~ arang ke muka prb mencemarkan nama baik seseorang (mengaibkan)

calo I
bp pergi
calo II

Jk orang yg mencarikan penumpang utk kereta dll  

camar I

sj burung, Sterna hirundo;  

      ~ besar berjambul sj burung, Sterna bergii; ~ hitam sj burung, Childonias niger; ~ jambu sj burung, Sterna dougallii; ~ kecil sj burung Sterna albifrons 

camar II

Mn sangat gemar (makan), lahap

camat

Id pegawai daerah (kecil), penolong pegawai daerah, asisten wedana;  

      kecamatan 1. daerah yg diketuai oleh camat; 2. pejabat camat

camau
sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan utk menghapuskan merah-merah pd kulit dan akarnya utk mengubat kencing nanah), cakmau, Dracaena angustifolia
cambah

1. tumbuhan yg baru keluar dr biji benih dsb; ~ kelapa tumbuh kelapa, tombong kelapa; 2. Kl, Tr tauge;

      bercambah 1. mula tumbuh (bkn biji benih dsb); 2. mempunyai cambah; 3. muncul, terbit, lahir: Minah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; usianya yg mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; 4. ada banyak, ada (terdapat) di merata-rata tempat: di surau dan madrasah yg ~ di tanah air kita ini;  

      mencambahkan menjadikan bercambah: ~ biji benih;  

      cambahan munculnya, terbitnya, lahirnya: dia tersenyum, diulit ~ bibit kelegaan di hatinya; 

camdik
sindir
camik
Tr mencampuri urusan orang lain: tidak baik kita ~ urusan orang lain 
campa
harimau ~ harimau koreng yg garang dan berbahaya
campadang
1. sj tumbuhan (pokok), Triumfetta pilosa; 2. sj tumbuhan (pokok), Triumfetta bartramia (rhomboidea)
campah
tawar, hambar; ~ cahang terlalu tawar, tawar hambar
‹ First  < 5 6 7 8 9 >  Last ›