Ditemukan : 1433 Record
cakatan → cekatan
cakau → cekau
cakawari
† datuk kpd moyang (mengikut tertib anak, bapa, datuk, moyang, buyut, cakawari), cilawagi
cakduh
Kl tidak sempurna (perbuatan)
cakela
(Hindustan) †; rumah ~ rumah pelacuran
cakera
1. = cakeram sl roda; 2. = cakeram senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya: selapis panah dan selapis dadap dan selapis ~; 3. besi yg pipih bulat yg dilemparkan dlm pertandingan sukan; 4. (Komp) sj peranti drpd kepingan bersalut magnet yg digunakan utk menyimpan data dan atur cara komputer;
~ keras(Komp) sj cakera yg dapat menyimpan banyak data; ~ liut (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; ~ optic (Komp) sj cakera yg menggunakan teknologi laser utk merakamkan data pd cakera; ~ padat (Komp) sj cakera magnetik yg mempunyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar
cakerawala
1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit
cakerawati
sl kerajaan (negara), pimpinan tertinggi (negara dll)
cakiah
terompah kayu
caklempong
(caklémpong) sj alat bunyi-bunyian tradisional yg berupa gong-gong kecil drpd perunggu yg berbentuk periuk dan berbusut di tengah-tengah permukaannya, geloneng, celempong, telempong
cakmau → camau
cakna
Tr ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau
caku
pisau lipat
cakuk → cangkuk I
cakup I; mencakup
1. menangkap dgn mulut (tangan dll); 2. = mencakup-cakup membuka-buka mulut spt mengambil udara;
calabikang
calai
Kd; mencalai berlari (binatang)
calak I
keletah bercakap, lancang mulut, bercakap ikut suka hati sahaja
calak II; mencalak
cemerlang, bercahaya, bersinar: matahari ~.
calak III
Mn celak
|