Ditemukan : 1433 Record
cuma I
hanya, melainkan, semata-mata: mereka datang ~ dgn tulang delapan kerat saja; aku tidak berkata apa-apa ~ menggangguk saja;
cuma-cuma, percuma 1. tidak ada faedahnya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~;
bercuma † sia-sia, tidak ada faedah;
mempercumakan 1. mensia-siakan, menganggap tidak penting (berguna), membuang-buang (masa dll); 2. memberikan sesuatu dgn percuma.
cuma II
~ padang sj tumbuhan (pokok), remang panas, Breynia coronata
cuma-cuma, percuma
1. tidak ada faedahnya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~;
cuman
Jk Cuma
cumbu
1. kata-kata manis yg dituturkan (sewaktu memujuk, berkasih-kasihan, dll), pujukan: tegur sapa dan bujuk ~ sekarang ini dilakukannya pula kpd isteri mudanya; 2. senda gurau, lawak jenaka, kelakar: ~ pelawak;
bercumbu-cumbu, bercumbu-cumbuan 1. = bercumbuan saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih-kasihan dll), bercengkerama: ia berjumpa dgn sepasang merpati yg sedang asyik ~; 2. berjenaka, berkelakar, bersenda gurau: orang masih ~ juga di dekat puadai, terutama anak-anak gadis;
mencumbu mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll), membujuk: Amiruddin ~ mesra, tangannya menyapu rambut Hawa;
mencumbui mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dll) kpd: Hitam ~ Mazni dgn hiburan-hiburan yg menggelikan hati Mazni;
cumbuan 1. ucapan-ucapan manis, bujukan, pujukan: suami harus selalu memikat hati isteri dgn kata-kata merdu, dgn ~ atau ciuman-ciuman mesra; 2. senda gurau, kelakar;
percumbuan perihal (perbuatan) bercumbu-cumbu(an)
cumi; cumi-cumi
1. sj binatang spt sotong, cumik, comek, Loligo spp.; 2. ki bp penjahat, pengkhianat, ejen musuh.
cumik
cumi-cumi
cuming
Jk, bp cuma, hanya
cun I
C ukuran panjang bersamaan dgn satu persepuluh kaki atau 3.05 sentimeter
cun II
bp 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran.
cunam I
kapur sirih, kapur makan
cunam II
sj penyepit kecil, pinset
cunda
kep cucunda
cundang I; mencundang, mencundangi
menawan: beruang, singa, beruk, dan hantu semuanya boleh kucundangi; → kecundang I
cundang II
Mn hasutan;
mencundang menghasut, mengeluarkan perkataan yg menimbulkan marah
cundrik
Jw sj pisau yg rupanya spt pisau belati atau badik
cung I → cong II
cung II
kep kacung
cungah
~ padi sj tumbuhan (pokok), cendera hantu, kesumba jantan, julung putih, julung rambai ayam, Ostodes macrophylla.
cungap I
bp = ~-cangip = cungapan terngap-ngap, terengah-engah;
mencungap, tercungap-cungap bernafas kencang (melalui mulut dan hidung) kerana kepenatan dll, terngap-ngap (susah bernafas), mengap-ngap, terengah-engah: Tom pun tersendat-sendat nafasnya serta ~ spt orang mengah; Muthusami tercungap-cungap berlari keluar dr dlm belukar;
cungapan perbuatan mencungap: ~nya kedengaran cepat.
|