Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.170
Hari ini : 18.218
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 67 68 69 70 71 >  Last ›
cucur VI
sj burung, burung segan, Batrachostomus auritus
cucut I
ikan yu
cucut II; mencucut
mencucup, mengucup, menghisap
cuduk
sj tumbuhan (pokok kecil), Thoteea parviflora
CUEPACS
akronim bagi Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Kongres Kesatuan Pekerja dlm Perkhidmatan Awam)
cuh
sr kata utk menghalau binatang atau utk menggalakkan anjing (pemburu)
cuik I
alat spt piring utk menggiling lada dll; cobek I 
cuik II

Jk; ikan ~ ikan yg diasinkan dan dikukus;  

      mencuik mengasinkan dan mengukus ikan

cuil; mencuil
menyentuh dgn hujung jari utk menyatakan sesuatu, mencuit
cuit; bercuit-cuit

bergerak-gerak cepat spt menggamit-gamit (bkn jari); ~ gamit sentuh-menyentuh dgn hujung jari (sewaktu berseloroh dll): dia telah pandai pula bertepuk tampar dan ~ gamit dgn tetamu-tetamu yg hidung belang; 

      mencuit mencuil, menggamit, menyentuh dgn hujung jari: terkejut saya dicuitnya;  

      tercuit ki tersentuh jiwa (hati dll) kerana sesuatu: hati penulis ~ ketika melawat khemah pelarian itu; 

      cuitan sentuhan dgn hujung jari (sewaktu berseloroh, sbg memberi isyarat, dll)

cuk
Jk jentik-jentik
cuka

cairan yg masam rasanya (biasanya dibuat drpd nira kabung, nyiur, dll); ~ belanda cuka yg dibuat drpd anggur dll melalui proses kimia, asid asetik; ~ getah asid utk membekukan getah, asid formik; ~ jawa cuka yg dibuat drpd nira;  

      minum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari prb bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu

      mencuka ki menjadi masam spt cuka (bkn wajah, muka) kerana marah, geram, dll: Cik Zabedah mengekorinya dgn wajah ~.  

cukai

1. bayaran (bea, sumbangan) yg dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll;

      ~ hiburan cukai yg dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (spt kelab malam, pawagam, dsb); ~ jalan cukai yg dikenakan terhadap kenderaan bermotor; ~ jualan cukai yg dikenakan terhadap barangan yg dijual yg bebannya terletak secara langsung pd pembeli; ~ laba harta tanah cukai terhadap laba drpd penjualan harta tanah; ~ langsung cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); ~ pelindung cukai atas barang-barang import utk melindungi barang-barang tempatan (utk mengelakkan persaingan yg boleh mengancam pengeluaran barang-barang tempatan); ~ pendapatan cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; ~ perkhidmatan cukai yg dikenakan pd barang spt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll; ~ pintu cukai yg dikenakan terhadap pemilik rumah; ~ progresif nisbah jumlah cukai yg kena dibayar apabila pendapatan bertambah; ~ syarikat cukai yg dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat; ~ tak langsung cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); ~ tanah cukai yg dikenakan atas pemilikan tanah; 2. = cuke Id bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah;  

      bercukai dikenakan cukai: barang ~;  

      mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai drpd: negara boleh mendapat wang dgn ~ orang ramai;  

    percukaian yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; 

  pencukaian 1. perbuatan (prinsip dsb) mencukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia. 

cukal
sj tumbuhan (herba yg hidup di tempat-tempat basah), Hygrophila phlomoides
cukam → cekam II
cuke
(cuké) cukai
cuki I

sj permainan yg memakai buah dan papan (spt dam); papan ~ papan utk permainan cuki;  

      bercuki bermain cuki

cuki II
Jk; ~ mai bk puki makmu
cukin
1. kain kecil (utk menutup dada sewaktu makan); 2. kain basahan yg pendek (biasanya dipakai ketika mandi)
cukir
cungkil
‹ First  < 67 68 69 70 71 >  Last ›