Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.625
Hari ini : 22.818
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 68 69 70 71 72 > 
cukit
garpu
cuku
akar gambir yg dikeringkan
cukup

  1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pada dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~;  

      secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja;  

      mencukupi 1. memadai, lengkap (keperluan, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawapan dlm surat-menyurat): ~ surat tuan;  

      mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menambah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; 

      kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak kekurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja;  

      berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan;  

      ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi. 

cukur I

pisau ~ a) pisau utk mencukur rambut (janggut dll); b) ki perempuan yg menghabiskan wang (harta) lelaki; tukang ~ orang yg menggunting (memotong) rambut (janggut dll), tukang gunting;  

      bercukur 1. memotong (membersihkan) jambang dll dgn pisau cukur; 2. sudah dibersihkan (dipotong) jambang dll dr muka;  

      mencukur 1. memotong (membersihkan) rambut dll dgn pisau cukur dll: baru petang semalam, jambangnya dicukur; 2. bp mengalahkan (menewaskan) dgn teruknya (terutama dlm perlawanan bola sepak); ~ kepala prb perbuatan yg memalukan keluarga;  

      pencukuran perihal (perbuatan dsb) mencukur;

      pencukur 1. pisau dll utk mencukur; 2. orang yg mencukur, tukang cukur

cukur II
(rumput) ~ kerbau sj tumbuhan (rumput), Cyperus bancarus
cula I
1. sumbu yg tumbuh pd hidung atau muncung (badak dll); 2. sl azimat (rupanya spt sumbu badak dll): ~ dibeli oleh bapaku sekati emas; berkeris berhulu ~. 
cula II
Kl tanda (akan kalah), alamat (akan kalah)
culak I
sj tumbuhan (pokok), colak, Callicarpa maingayi. 
culak II

~-caling tidak tentu arah, tidak tentu hala, tidak keruan

culak III; menculak
tegak menganjur ke atas, mencuar
culan
sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan utk mengharumkan air teh), pacar cina, pacar culam, pokok telur belangkas, Aglaia ordorata
culang

~-caling tidak keruan, tidak teratur; 

      berculang-caling berkeadaan tidak tentu arah, bercelaru: garisan-garisan yg ~ tanpa hujung pangkal. 

culas I
malas, tidak cergas: ~ bekerja
culas II
Kl liar (binatang)
culas III
Mn curang, tidak jujur
culia
saudagar India dr Malabar
culik I = culik-culik
sj burung yg keluar pd waktu malam Chalcococcyx honorata
culik II

1. sl sj hantu yg mencuri kanak-kanak; 2. = penculik a) orang yg mencuri (melarikan) kanak-kanak; b) orang yg mencuri (melarikan, menangkap) orang utk dilarikan (dibunuh, diminta wang bagi menebusnya, dll);  

   menculik mencuri (melarikan) kanak-kanak atau orang dewasa (utk dibunuh, diminta wang tebusannya, dll): Chiang Kai Shek pernah diculik oleh seorang drpd panglima tenteranya;  

      penculikan perihal atau perbuatan menculik

culim
1. sj paip tembakau atau candu; 2. paip (tembakau atau candu) yg dihisap 
culin
Kd, Pl; seculin sedikit
‹ First  < 68 69 70 71 72 >