Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 2.565
Hari ini : 31.195
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›
cadang; bercadang

mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan:mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; 

      mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; 

      cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; 

      ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; 

      pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan; 

  pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon

cadar

1. kain penutup kepala atau muka perempuan; 2. = kain ~ kain penutup tilam; memasang (membentangkan) ~ menutup tilam dgn cadar; 

    bercadar memakai cadar, bertutup atau berpasang dgn cadar: tilam itu belum ~; 

      bercadarkan mempunyai sesuatu sbg cadar: ~ kain batik

cadas
(Sunda) lapisan tanah yg keras (terjadi drpd pasir atau tanah); wadas 
cadi
kayu atau buluh yg dipasang di kiri kanan perahu supaya seimbang (jangan bergolek), katir
cadik I → cadi
cadik II
Mn cerdik
cadir → cadar
caduk I
Jw rabun (mata)
caduk II; mencaduk

mengangkat atau menaikkan sesuatu (spt belalai gajah atau kepala ular yg hendak mematuk); 

      tercaduk terangkat (spt kepala ular atau belalai gajah)

      tumbuh (benih yg ditanam)

cadur
pakaian labuh atau jubah wanita Islam (termasuk kerudung) yg biasa dipakai di Timur Tengah yg menutupi aurat seluruh anggota badan (kecuali muka dan tapak tangan): kaum wanita Iran yg berpakaian ~ masih boleh bergerak dgn cergas ketika memikul senjata
cagak I

1. cabang (kayu dll); ~ jalan simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dll); 3. penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dll); 4. Id tiang telefon; 5. sokongan, tunjangan, pertolongan; ~ hidup Id bunga wang yg harus dibayar kpd seseorang semasa hidupnya atau utk beberapa tahun; 6. Kl pengandar rumput: dia memotong rumput dua ~ sehari utk lembunya; 7. alat (drpd kayu, buluh, logam) yg bulat, panjang, kukuh, dan ringan yg digunakan sbg penyidai kain; 

      bercagak 1. bercabang; 2. memakai cagak (sokong dll); tulang ~ tulang pipi; 

      mencagak 1. menyokong (menahan, menopang, dll) dgn cagak;  

      mencagakkan menaruh sesuatu di atas cagak; 

      tercagak tertopang dgn cagak

cagak II; mencagak

1. menopang, menahan dgn cagak; 2. menunjang, menyokong; 3. kelihatan jelas di mata kerana tegak (mencuar dll) 4. tangkas pergerakan badan dan petah berkata-kata; 

      mencagakkan menanam pancang di tanah, memancangkan; 

      tercagak terpancang

cagar = cagaran

1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadaikan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pendahuluan, wang muka; ~ alam kawasan simpanan (bagi mergastua); 

      bercagar, bercagaran bersandar pd atau disokong oleh sesuatu; 

      bercagarkan mempunyai sesuatu taruhan sbg jaminan berhutang, bersandarkan: pinjamannya ~ sekeping tanah pusaka;  

      mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang, menggadaikan, merungguhkan: ia ~ tanah dan bangunan kedainya; 

      pencagaran perbuatan mencagarkan: ~ tanah

cagu
sj penyakit bernanah pd kuku jari
cagun
Mn; mencagun timbul, muncul
cagut

patuk, catuk, pagut; 

      mencagut mematuk, mencatuk, memagut

cah
sr 1. kata utk menyatakan perasaan tidak suka (menghina, mengejek, dll); 2. kata utk menggertak kerbau (supaya lebih cepat berjalan)
cahang
tidak ada rasa (makanan), tawar, campah
cahar

cair (terutama bkn tahi); sakit ~ sakit cirit-cirit; 

      mencahar mencuci perut dgn memakan ubat pencuci perut;  

      pencahar ubat pencuci perut, julap

cahaya

1. pancaran yg datangnya dr objek yg bersinar (matahari, lampu, api, dll) yg membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dll) dilihat, sinar: ~ bintang; 2. kilauan (emas, intan, berlian, dll): ~ permata; 3. seri, kejernihan (air muka); ~ mata a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; ~ muka a) rupa air muka; b) seri yg kelihatan pd muka; 4. penyuluh (kpd rohani), petunjuk: sesungguhnya telah datang kpd kamu ~ kebenaran drpd Allah; 

      bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; 

      mencahayai memberi cahaya kpd, menerangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; 

      mencahayakan 1. mengeluarkan atau memancarkan cahaya, menyinarkan; 2. menjadikan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan: berlian boleh dicuci utk ~nya; 

      pencahayaan 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi usaha pementasan atau penggambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain 

‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›