Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 699
Hari ini : 14.319
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 19 20 21 22 23 >  Last ›
cecok
(cécok) cekcok
cecunguk

1. (Sunda) lipas; 2. Id bp mata-mata gelap (pd zaman penjajahan)

cedak
Ph sj tudung yg dibuat drpd mengkuang (utk melindungi sesuatu atau seseorang drpd hujan)
cedas
Kd, Kl 1. cepat, cergas, segera; 2. segar, sihat
cedera I

1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll;  

      mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba;  

      mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh;  

      tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana;  

      kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. 

cedera II

pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran;  

bercedera bertelingkah, berselisih, bertengkar;  

kecederaan hal atau keadaan cedera; 

percederaan hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran

cedera III

1. mungkir janji, tidak setia, berkhianat; 2. pembunuhan (penyerangan dll) dgn tidak berterang-terangan (tipu daya);  

      mencedera, mencederakan 1. mengkhianati; 2. membunuh (menyerang dll) dgn diam-diam (tipu daya); 

      kecederaan khianat, keadaan tidak setia;  

      pencederaan perihal (perbuatan) mencedera(kan)

cedera IV sl → cendera I
ceding I
(bkn kanak-kanak, pokok, binatang, dll) kecil, kurus, kerdil; ~ padi tunas padi. 
ceding II
Tr melompat-lompat: jangan ~ di atas lantai licin ini, nanti kamu jatuh
cedok; mencedok

 cédok) 1. mengaut atau mengambil dgn senduk (cebok, gayung, dll): ~ gulai dgn sudu; 2. ki mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll): ahli-ahli diminta menghantar ciptaan sendiri dgn tidak ~ karangan orang lain; rancangan-rancangan itu dicedok drpd rancangan-rancangan yg telah lalu; 

      cedokan ki yg dicedok, hasil mencedok: ~ dan ikutan drpd falsafah Greek; 

      pencedok alat utk mencedok

cedong (cédong) → cedok
ceduk

cekung (pipi, mata, dll); mukanya ~ mukanya cekung (dahi dan dagunya jendul ke depan)

cedung; mencedung
menanam (semula) padi semaian dll  
cega (céga); bercega

berjaga-jaga, berhati-hati;

      mencega menjaga, meneliti supaya tidak terperangkap dll  

cegah

tegah, halang;

      mencegah menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan;  

      tercegah terkawal (terlarang, terhalang, dll);  

      cegahan larangan (tegahan dll): ibunya tidak mendengar ~nya; pakatan yg ada berjaya menjalankan fungsi ~; 

            pencegahan perihal (perbuatan dsb) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; pencegah alat utk mencegah, orang dll yg mencegah: pasukan ~ rusuhan; pasukan kastam bahagian ~ penyeludupan
cegak

1. tegak; 2. † (bkn badan) gagah, kuat

      (cégak) 1. kuat dan tangkas, gembira; 2. sembuh dan segar kembali (drpd sakit)

cegar I
aliran air yg deras di sungai (yg dasarnya terdiri drpd batu hampar)
cegar II
segar
cegar III
1. sj burung, Enicurus leschenaulti frontalis; 2. sj burung, kelicap belukar, Enicurus ruficapillus; ~ besar sj burung, Enicurus schitacous
‹ First  < 19 20 21 22 23 >  Last ›