Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 821
Hari ini : 14.554
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›
cebok

(cébok) 1. pencedok air; 2. = bercebok membasuh punggung (kemaluan) selepas buang air besar (air kecil): mereka keluar sebentar utk memberinya kesempatan ~;  

mencebok 1. mencedok (dgn cebok, gayung, dll); 2. = menceboki membersihkan punggung (kemaluan) selepas buang air besar (air kecil): ~ punggung adik kecilnya
cebol

(cébol) orang yg terlalu pendek; spt si ~ hendak mencapai bulan = si ~ rindukan bulan prb ingin melakukan (mendapat) sesuatu yg tidak mungkin tercapai; cabul II

cebong
(cébong) Jw berudu
cebur

bunyi spt bunyi benda dibuang ke air;  

      mencebur 1. terjun ke air; 2. membuat bunyi cebur;  

      menceburi memasuki serta giat dlm (sesuatu bidang kegiatan), melibatkan diri dlm, melibati: sebahagian besar ahli mahukan koperasi ~ bidang perniagaan yg lebih menguntungkan;  

      menceburkan 1. membuang (mencampakkan) sesuatu ke air; 2. menyebabkan termasuk ke dlm sesuatu atau berada dlm sesuatu keadaan (biasanya yg tidak menyenangkan): ini telah ~ Islam ke dlm proses persekularan yg tidak masuk akal; ~ diri a) terjun ke dlm (air dll); b) memasuki atau mencampuri (politik, hal orang, dll): ~ diri dlm lapangan sukan; 

      tercebur 1. termasuk (terjatuh) ke dlm air (telaga dll); 2. termasuk ke dlm (kesengsaraan, kehinaan, persengketaan, dll): kau orang perempuan, senang ~ ke lembah kehinaan; 

            penceburan perihal (perbuatan) menceburi sesuatu bidang kegiatan: bidang pentadbiran dan pengurusan semakin pesat berkembang dgn ~ para cendekiawan pd masa itu
cecadu

sj kelawar yg memakan buah;  

      ~ gajah sj kelawar, Cynopterus sphinx; ~ gua sj kelawar, Eonycteris spelea; ~ madu sj kelawar, Macroglossus lagochilus

cecah I; sececah

1. sekejap, sebentar: setelah bertutur-tutur ~, Rijnhaard mohon diri akan pulang; 2. sedikit, secolek: bukan hendak banyak, hanya ~ sahaja; 

      bercecah sedikit-sedikit, berdikit-dikit;  

      mencecah kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit;  

      mencecahkan mengenakan (menyentuhkan, mencelupkan) sedikit sesuatu pd: tangannya mematahkan goreng pisang dan ~nya ke piring gula;  

            tercecah terkena (tercelup) sedikit, kena sedikit pd: apabila ~ saja kopi panas itu di lidahnya, dirasanya menjadi bertambah panas hingga air matanya kelihatan tergenang-genang
cecah II
~ merah sj tumbuhan (pokok), Staurogyne setigera
cecair

bahan spt air atau minyak yg mengalir bebas (tidak mempunyai bentuk), bukan gas, dan bukan pepejal, cairan, enceran: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; 

       cair

cecak I
belang kecil-kecil atau bintik-bintik : ~-~ hitam putih pd bajunya
cecak II

Mn; mencecak 1. mencubit; ~ tonggak memulakan memahat tiang rumah dgn mengadakan istiadat; 2. mencuri, mencopet;  

      pencecak pencuri, pencopet

cecap; mencecap
1. menjilat dan mengemam (mengecap) makanan utk merasa manisnya (masinnya dll): sebelum disaji, dicecapnya gulai itu; 2. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan hidup
cecar
Jk; mencecar terus-menerus memukuli (menanyai dll )
cecawi → cawi
cece
(cécé) Jk piut (anak drpd cicit)
ceceh I
(cécéh) kemaluan kanak-kanak lelaki
ceceh II; menceceh
(cécéh) bercakap kosong (bkn perkara yg bukan-bukan dll), merepek, mericau: karang asyik ~ kerja tak siap
cecekik

sj jerat utk menjerat leher binatang; cekik I

ceceng
(cécéng); menceceng lari spt anjing kena pukul cenceng
cecer → cecar

(cécér) cicir

cecewe
(cecéwé) sj burung, ceketing, cerewit, duit-duit, Lobivanellus indicus atronuchalis
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›