Ditemukan : 1433 Record
cegat I; tercegat
tertegak, berdiri tegak, tercancang: berdiri ~ bagai patung; kami berdua ~ di tangga itu;
tercegat-cegat sebentar-bentar berdiri tegak, terdiri-diri: sejak tadi mereka berdiri ~ menunggu bas
cegat II Jk; mencegat
mengadang (di jalan dll), memegat, menahan;
pencegatan perihal (perbuatan dsb) mencegat
ceguk
teguk
ceh
Tr menyalakan api dgn menggunakan mancis: tolong ~, aku hendak hisap rokok
cek I
(cék) perintah bertulis kpd bank supaya membayar wang sebanyak yg dinyatakan;
~ berpalang cek yg mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun pihak yg dituliskan namanya pd cek yg berkenaan; ~ kembara cek yg dibeli drpd bank dan boleh ditukar di luar negara utk mendapatkan mata wang asing; ~ lambung = ~ tendang cek yg tidak dapat dijelaskan kerana pihak yg mengeluarkannya tidak mempunyai wang yg cukup dlm akaun berkenaan; ~ terbuka = ~ tunaicek (tidak berpalang) yg boleh ditukarkan kpd wang tunai oleh sesiapa saja yg mengemukakannya kpd bank
cek II
cék) bp memeriksa ada tidaknya atau benar tidaknya (barang, kira-kira, dll)
cek III
(cék) 1. Kl panggilan pd ayah atau emak; 2. Pn saya (dipakai oleh orang yg lebih muda apabila bercakap dgn orang yg lebih tua); 3. Kd, Pn awak, engkau, kamu (dipakai oleh orang tua apabila membahasakan orang muda atau kanak-kanak); ~ wa Kl nenek, datuk
cek IV
(cék) ~ mek molek Kl sj kuih yg dibuat drpd keledek yg dilenyek, berbentuk lonjong, berisi gula pasir, dan digoreng
ceka
Kl; menceka memegang kuat dgn tangan, mencengkam
cekah = bercekah
merekah, pecah-pecah (bkn buah-buahan, kulit, dll);
mencekah 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian
cekak I
ukuran yg besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dgn mempertemukan ibu jari dgn jari lain: berilah aku sirih se~;
baju ~ musang baju yg berleher tinggi; pinggang se~ jari manis sebesar yg terpegang oleh ibu jari dan jari manis;
bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan;
mencekak 1. memegang sesuatu dgn mempertemukan ibu jari dgn jari tengah (jari telunjuk atau jari-jari lain): tukang sampan itu pun ~ dayung; 2. mencekik; ~ pinggang bercekak pinggang
cekak II
gamak, harapan: buat saya, tidak ada ~ lagi utk lulus peperiksaan
cekak III
Mn kelahi;
bercekak berkelahi; cakak
cekal I
= ~ hati tetap (teguh) hati, tahan menderita, tabah: hatinya makin bertambah-tambah tetap dan ~;
mencekalkan; ~ hati menjadikan hati cekal, menabahkan hati;
kecekalan ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati
cekal II †; mencekal
1. mencekau; 2. menangkap (orang, pencuri, dll )
cekam I; mencekam
cekam II
tugal (utk membuat lubang sewaktu menanam padi huma);
mencekam 1. menugal; 2. membuat bonggol-bonggol pd tilam dgn jahitan (supaya tidak melepek)
cekam III
sj penyakit pd kuku (kaki)
cekang
1. tegang, kaku (bkn badan, mayat); 2. terbuka luas: kedua-dua belah matanya ~ memerhatikan setiap gerak-geri
cekap
mencekapkan menjadikan (bertambah) cekap;
mempercekap menjadikan lebih (bertambah) cekap;
kecekapan 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepantasan membuat sesuatu (berfikir dll);
ketidakcekapan perihal (sifat dsb) tidak cekap
1. boleh, dapat, mampu, sanggup: setelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dr rumah itu; 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sempurna, pandai, mahir: ada beberapa ekor monyet yg betul-betul ~ bermain tunggang balik; kerja demikian memerlukan pekerja yg tekun dan ~; ia juga cukup ~ menyumpit; 3. elok, cantik, rupawan: mahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dgn gadis yg ~ itu; 4. lekas, pantas, tangkas: tangan Mawi lebih ~, pantas spt kilat;
bercekap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu);
|