Ditemukan : 1433 Record
celomok = tercelomok
coreng-moreng (muka)
celonet
(celonét) hujung yg menjungkit atau terangkat naik, conet
celopar
1. banyak cakap, cerewet; 2. = ~ mulut bercakap ikut sesuka hati sahaja;
keceloparan perihal celopar: dia berharap agar Irwan telah pulih drpd tersinggung akibat ~ mulut Abon
celoreng I
(celoréng) alat bunyi-bunyian (gamelan) yg dibuat drpd logam
celoreng II
(celoréng) Kl; berceloreng, comot: muka budak itu ~ dgn hingus
celorong
~-celoreng (bkn baju askar) yg coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yg kehijau-hijauan
celoteh
(celotéh) percakapan yg tidak tentu pokok pangkalnya (tidak keruan), ocehan;
berceloteh bercakap-cakap (dgn tidak tentu pokok pangkalnya atau tidak keruan), berbual-bual, mengoceh: ia tidak bekerja tetapi ~ saja
celoteng
(celoténg) Kl kotor (kerana terkena lumpur dll)
celsius
(sélsius) skala suhu yg merakamkan takat sejuk beku air pd 0°C dan takat didih air pd 100°C
celuk
Jk; menceluk memasukkan tangan ke dlm sesuatu utk mengambil barang, menyeluk
celum
~-celam → celam
celung I
kandang yg sempit utk gajah atau kerbau;
mencelung, mencelungkan memasukkan ke dlm celung
celung II
Jk cengkung atau cekung (pipi)
celung III
~-celang bunyi spt bunyi terompah (angklung dll)
celung IV
sj burung, burung kambing, Platysumurus leucopterus
celungap
Sl buruk makan, lahap, rakus, lapar sangat
celup
ki tiruan, palsu, tidak asli; orang putih ~ orang yg hendak berlagak dll spt orang putih;
tukang ~ orang yg kerjanya mewarnai kain dll; tayar ~ tayar tua yg telah dibaharui bunganya;
bercelup 1. berlapis (bersalut); ~ emas berlapis air emas; 2. sl bercelur; ~ minyak bersumpah dgn memasukkan jari ke dlm minyak yg menggelegak utk menentukan kesalahan orang;
mencelup 1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasukkannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge;
celupan hasil mencelup;
pencelupan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) mencelup: ~ kain;
pencelup air dll yg berwarna utk mencelup
celupak
Jw † pelita berupa mangkuk kecil yg dibuat drpd tanah dan diisi dgn minyak kelapa
celur
sumpah ~ sumpah dgn mencelupkan tangan ke dlm air atau minyak yg menggelegak;
bercelur; ~ minyak sl bersumpah dgn mencelupkan tangan ke dlm minyak menggelegak; ~ tangan bersumpah dgn mencelupkan tangan ke dlm air (minyak) menggelegak;
mencelur memasukkan (mencelupkan) sesuatu (spt sayur dsb) ke dlm air panas: ~ sayur
celurut
Jk sj tikus kecil, tikus kesturi, cencorot
|