Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 335
Hari ini : 9.748
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 28 29 30 31 32 >  Last ›
cemat II
semat atau pin utk mencantumkan dua bahagian drpd sesuatu alat dll  
cembang
besar dan kembang ke hujung
cembeng I
(cémbéng) C suatu hari besar di kalangan orang-orang Cina (pd hari itu mereka menziarahi kubur sanak saudara mereka, mencuci dan bersembahyang di kubur itu beramai-ramai)
cembeng II
(cémbéng) mudah menangis, kememeh
cemberut
Jk masam (air muka)
cembul
1. tempat gambir (pinang, kapur, dll) yg dibuat drp logam (ditaruh dlm tepak atau puan); 2. = ~ pedang kepala hulu pedang yg bulat mungkum bentuknya; ~ dapat tutupnya = laksana ~ dgn tutupnya prb bersetuju (sesuai) benar antara satu dgn yg lain (cocok sekali)
cembung I
kembung (melengkung) bulat spt pd bahagian luar bola (pipi, cermin, dll), lwn cekung
cembung II
~-cembungan = nama ~-cembung(an) nama timang-timangan
cemburu

1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; 

      bercemburu berasa cemburu; 

      mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka;  

      mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka);  

      cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati;  

      kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak;  

      pencemburu (orang yg) bersifat cemburu

      mencemeehkan mengejek, menghinakan, mencemuh

ceme
(cémé) cemeh I
cemeeh

 (cemééh) Mn ejekan, hinaan, cemuhan;  

cemeh I
(céméh) 1. buta mata sebelah, ceme; 2. buta yg tidak pejam matanya, cemer, cemek
cemeh II
(céméh) sj permainan judi dgn daun terup kecil
cemeh III
(céméh) Tr keadaan mata yg tidak dapat celik dgn selesa (kerana kurang tidur dll): Samad baru bangun tidur. Matanya masih ~ lagi
cemek I
(cémék) cemeh I
cemek II
(cémék) †; remeh-~ remeh-temeh
cemeki → jemeki
cemekian, cemengkian
sj tumbuhan (pokok yg bijinya dibuat julap), cengkian, jemekian, jemikian, Croton tiglium
cemer
(cémér) cemeh I
cemerkap

tidak cermat (dlm melakukan sesuatu pekerjaan dll ), kasar; 

      kecemerkapan keadaan (sifat) cemerkap; kelalaian: tiga orang drpd mereka berasa kecewa oleh sebab ~ sahabat mereka

‹ First  < 28 29 30 31 32 >  Last ›