Ditemukan : 1433 Record
celus
boleh lulus (masuk, lepas) ke dlm sesuatu (melalui lubang dll), dapat lepas (keluar); ~-celas keluar masuk, celum-celam;
mencelus masuk (ke dlm lecah dll);
tercelus termasuk (ke dlm lecah dll)
celutak
Jw gemar makan barang yg tidak patut dimakan
celutuk
sj burung spt kedidi atau berkik
cema
(céma) Mn tuduh;
mencema menuduh, mengadukan (kpd hakim);
tercema tertuduh
cemabai
Jh; bercemabai bercarik-carik (bkn kain dll), berjerabai
cemahang
penyakit atau akibat buruk (kerana sumpah gajah, pohon kayu, dll)
cemak
Tr, Kl; ~ mana banyak mana, berapa banyak
cemamai; bercemamai
koyak-koyak, bercarik-carik (bkn kain dll)
cemamar
1. sj tumbuhan (pokok renek), cama, (se)cerek, kemantu hitam, semeru, Clausena excavata; 2. sj tumbuhan (pokok kecil), cerek-cerek, secerek, senaguh, Micromelum hirsutum; 3. = ~ jantan sj tumbuhan (pokok kecil), cerek-cerek, cerek putih, kayu saga, kematu, tetimah jantan, Micromelum minutum (pubescens)
cemamping
koyak-koyak, compang-camping
cemangi
yu ~ sj ikan yu
cemangkih
cemongkah-~ congkah-cangkih; → cemongkah
cemani
Jw hitam seluruhnya (hingga ke tulang-tulangnya); ayam ~ ayam yg hitam seluruhnya, ayam selasih
cemantung
sj tumbuhan (pokok kecil), kelupung air (burung), Ficus alba;
~ gajah (maja) sj tumbuhan (pokok kecil), kuku balam, petaling tanduk, Aporosa prainiana; ~ merah sj tumbuhan (pokok), lempedu burung, medang asam, Elaeocarpus mastersii
cemar
I 1. tidak bersih, kotor; 2. ki tidak murni atau tidak baik (bkn nama, perkataan, dll): nama ayahnya kini sudah ~; membawa ~ datang bulan (haid);
bercemar mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercampur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki bh (digunakan pd sultan) sudi datang (pergi) ke; ~ kain datang bulan (haid);
mencemari 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; mencemarkan 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita;
tercemar dicemar;
kecemaran 1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain;
pencemaran perbuatan mencemarkan (mengotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat;
pencemar 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya
cemar II
~ hantu sj tumbuhan yg hidup di atas pokok-pokok lain, bendalu, Cassytha filiformis
cemara I
1. bulu ekor kuda (lembu dll) yg dijadikan rambu perhiasan pd tombak (parang dll): ~ tombaknya spt bunga lalang; 2. bulu ekor kuda (lembu dll) yg diberi bertangkai utk dijadikan kipas (menghalau lalat dll); 3. rambut tambahan (drpd rambut, nilon, dll) yg digunakan utk memperbesar sanggul; 4. sesuatu yg menyerupai bulu ekor kuda (spt bulu jagung dsb); ~ babi sj tangkal
cemara II
kayu (pohon) ~ sj tumbuhan (pokok yg halus-halus daunnya), ru, Casuarina spp
cemas
1. = ~ hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang): dia ~ menanti kelahiran anak sulungnya; 2. = cemas-cemas hampir-hampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris: masa terlanggar itu, ~ dia tersungkur;
bercemas menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang);
mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakutkan, membimbangkan, merisaukan: sikapnya yg kasar itu ~ aku;
tercemas gelisah, bimbang, khuatir;
kecemasan 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~;
pencemas 1. lekas berasa cemas; 2. orang yg lekas berasa cemas, penakut
cemat I
sauh ~ sauh terbang (sauh yg dilemparkan utk menarik sesuatu spt perahu dll); tali ~ tali penarik perahu dll;
mencemat menarik pukat (perahu dll) dgn tali yg diikatkan padanya: mereka bergilir-gilir ~ pukat tarik itu ke darat
|