Ditemukan : 1433 Record
ceramah
1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap; 2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (spt bahasa, politik, dll), syarahan: ~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yg istimewa sekarang;
berceramah memberi (menyampaikan) ceramah: ketika saya sampai, ia sudah ~;
menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai: ia ~ masalah politik dunia;
penceramah orang yg berceramah, pembicara: sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya
cerana I
sj bekas tempat sirih dll (bentuknya bulat atau bujur spt dulang berkaki dan dibuat drpd logam); ~ biduk cerana yg rupanya spt biduk
cerana II
sj penyakit spt ketumbuhan yg berbahaya pd badan (boleh merebak ke bahagian lain)
cerancang
(Hut) bahagian kayu yg pecah atau kumpulan selumbar yg tertinggal pd tunggul atau pd bahagian bawah pangkal balak selepas pokok ditebang;
bercerancang, bercerancangan mencuar-cuar tajam atau tinggi, berceracakan: hutan itu kira-kira lima ekar telah dibuka dan bercerancangan tunggul-tunggul kayu
cerang
sl kawasan dlm hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yg sudah ditebang pokoknya atau yg tinggal sedikit sahaja pokok-pokoknya
cerangga
kurang sempurna pd anggota badan sejak dilahirkan: oleh sebab ~ pd kedua-dua belah kakinya, dia sukar mencari pekerjaan
ceranggah; berceranggah
1. (bkn tanduk rusa) bercabang-cabang; 2. (bkn barang yg panjang-panjang spt pancang, tiang, dll) mencuar-cuar ke atas
ceranguk; berceranguk
duduk dgn kepala mendongak sedikit: ia hendak menghiburkan hati cucu-cucu yg ~ di sekelilingnya
cerani
sj kain putih tipis dan halus (kasa)
cerap
kurang ~ kurang periksa, kurang memerhatikan; tak ~ tidak endah, tidak tahu;
mencerap 1. memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pd; 2. Id menerima sesuatu dlm hati dgn pancaindera, menanggap;
tercerap dapat dicerap oleh pancaindera;
cerapan sesuatu yg diterima dgn pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan;
pencerapan perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dll)
cerapu
sj tumbuhan (pokok), cekau, cepu, cupak, mencupu, Garcinia prainiana
ceras
sj tumbuhan (pokok), Phyllanthus reclinatus
cerat I
muncung atau mulut pd cerek (paip air, teko, dll ) tempat keluar air;
mencerat 1. menuangkan air dll melalui cerat; 2. mengalir atau memancar dr cerat; 3. minum dr cerat;
ceratan cerat yg kecil
cerat II
Kl, Tr pasti, tentu
ceratai
† Mn; mempercerataikan mengumpat (menceritakan hal orang ke sana ke mari)
ceratan
cerat yg kecil
ceratuk; berceratuk, berceratukan
duduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak-banyak: beberapa orang ~ di dlm bilik itu; tengok ~ cawan-cawannya di situ; kira-kira tiga belas buah rumah limas ~ di lereng anak bukit
cerau
bunyi spt bunyi air hujan yg lebat;
bercerau-cerau berbunyi spt bunyi air hujan yg turun dgn lebat (bkn air yg jatuh mencurah dsb): ya! Dapat tengok kerbau ragut rumput, tengok kerbau kencing ~
cerawat
sl sj panah api
cerbak
Jw makan sebarang apa saja makanan, buruk makan, lahap, rakus
|