Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 2.005
Hari ini : 22.279
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 43 44 45 46 47 >  Last ›
ceretek; berceretek
berselerak: kadang-kadang sambil menyepak tong-tong yg ~ di jalanan, dia terfikir juga kebodohannya
ceretet
(cerétét); Kd berceretet berderet (benda, orang): budak-budak itu duduk ~.
cerewet

(ceréwét) 1. banyak cakap (ada sahaja yg tidak kena), suka berleter (mencela, bersungut, dll): kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dr rumah itu; 2. berselok-belok dan memerlukan banyak kerja yg kecil-kecil (bkn pekerjaan dll), kalut, ruwet: orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat;

      mencereweti selalu memarahi (menegur, mencela, dll): kalau dicereweti selalu, pasti ia akan meninggalkan rumah itu;  

            kecerewetan perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan
cergas

1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~;

      mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham;  

      kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan

ceri
(céri) 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna merah, kuning, atau hitam yg biasanya dimakan mentah atau diawet dan digunakan utk membuat biskut, kek, dsb), Prunus spp.; 2. sj tumbuhan, kekut, kerkuk, kerkup siam, Muntingia calabura
ceri I
gelang ~ sj gelang (drpd kaca)
ceri II → ceria II
ceria I

1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu): ruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dgn pokok bunga; 2. riang, gembira (perwatakan): dia begitu ~ hari ini setelah lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan tersebut; 3. menarik (pakaian dll): pakaian yg dipakainya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing; 4. sl tidak bernoda, suci, murni;  

      menceriakan 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; 

      keceriaan perihal (keadaan, sifat) ceria: ~ bilik pejabat; 

      penceriaan proses (perbuatan) menceriakan sesuatu atau seseorang

ceria II
ucapan (kata-kata) tertentu (sbg jampi) yg dibaca sewaktu menabalkan raja, kata-kata yg merupakan adat kebiasaan yg diucapkan kpd raja (sbg menyatakan kesetiaan)
ceria III; menceria
mendidik, memelihara
cericap
sj burung, burung kelicap
ceridau, ceridauan

bunyi riuh (bising) spt bunyi orang berkelahi (ketawa beramai-ramai dll);  

   berceridau, berceridauan berbunyi riuh (spt orang berkelahi, ketawa beramai-ramai, dsb): ~ bunyinya mereka itu bergurau senda 

ceriga
sl sj pedang pendek
cerin

Kl kering (kulit yg kena matahari dll); cering II

cering I; cering-cering
rasa spt hendak demam
cering II
kering
cerit; mencerit
menjerit
cerita

 1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja!  

      ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ pendek cerita yg pendek (tetapi membentangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengandungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia-siakan;  

      bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati;  

      menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu;  

      menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2 mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; 

      ceritaan Jk cerita;  

      penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa;  

      pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu

ceritera
 cerita
ceriwit
sj burung, ceketing, Lobivanellus indicus atronuchalis
‹ First  < 43 44 45 46 47 >  Last ›