Ditemukan : 1199 Record
duri I
1. bahagian tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau binatang: ~ rotan; ~ landak; ~ ikan tulang ikan; 2. ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi;
~ di hutan siapa pertajam prb kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya: adakah ~ dipertajam prb perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi; bagai ~ dlm daging prb hal yg selalu menyusahkan orang: air diminum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam prb terlalu bersedih hati;
berduri mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam;
berduri-duri 1. berduri banyak; 2. ki banyak rintangan (kesulitan dll);
menduri 1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti (menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati
duri II;
akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar bedara laut, Randia fasciculata
duri III
1. sj ikan laut, Arius spp.; ~ otek, Arius utik; 2. sj ikan laut, Ketengus typus; 3. = ~ muncung sj ikan laut, Osteiogeneiosus militaris
durian
1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain;
beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ menunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt mentimun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya)
durias
sj kain yg halus
duriat → zuriat
durja
sl (air) muka, wajah: wahai aria ningsun ~ yg berseri; bermuram ~ bermasam muka, bermuram (kerana susah hati, sedih, dsb)
durjana
1. jahat (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), keji: dia mendendami lelaki ~ yg telah menodai kesucian kekasihnya; melakukan (berbuat) ~ melakukan perbuatan jahat; 2. derhaka (terhadap negara, bangsa, agama, dsb): ada golongan pelampau yg ~ terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belahkan rakyat berbilang bangsa di negara ini;
mendurjanakan mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan, dsb): segeralah berakhir perang yg ~ ini;
kedurjanaan perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian: kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah;
pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa.
dursila (Sanskrit)
berkelakuan buruk (jahat dll); perbuatan ~ Id perbuatan yg salah
duru Mn; berduru, berduru-duru
berduyun-duyun: maka baginda pun pergilah berduru-duru dgn orang-orangnya menyelongkar rumah Pinang Peribut.
dusanak → dansanak
dusi
Mn; mendusi belum jaga betul drpd tidur, masih berasa mengantuk sesudah bangun drpd tidur
dusin Jk; mendusin
1. jaga drpd tidur (sekejap): dia tidur nyenyak betul, sepicing pun tidak ~; 2. bangun, sedar: selepas sepuluh minit barulah dia ~ dr pengsannya; 3. mengerti akan, menyedari, menginsafi: dia tidak dapat ~ maksud yg tersembunyi di sebalik kata-kata itu.
dusta
1. bohong, tidak benar: katanya dia sedang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata; 2. = berdusta berkata yg tidak benar: masih kecil lagi sudah pandai ~;
mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar;
mendustai membuat dusta kpd, berbohong kpd, membohongi: tidak baik kita ~ orang tua kita;
mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong): janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu;
pendustaan perihal mendustai, pembohongan: ~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad s.a.w;
pendusta orang yg suka berdusta, pembohong
dustur
undang-undang, peraturan
dusun I
1. kampung yg terpencil, dukuh; orang ~ orang kampung (desa); 2. kebun buah-buahan: ~ yg sudah tua tidak lagi dapat mengeluarkan hasil yg memuaskan;
berfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang prb orang yg terlalu sempit (terhad) pengetahuannya: jikalau kerana sebuah ~ maka binasa negeri, haruslah ~ itu dibuangkan prb orang yg menyebabkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan;
berdusun mempunyai dusun (buah-buahan);
pedusunan kawasan dusun, kumpulan dusun
Dusun II
suku kaum di Sabah
duta
1. utusan: raja ~ sl ketua utusan; 2. = ~ besar pegawai diplomatik yg tertinggi pangkatnya yg dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing utk tinggal menetap di sana (selama beberapa tahun) sbg wakil kerajaannya; 3. wakil yg dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dsb) ke negara asing (mis utk menggalakkan pelancongan, pelaburan, dsb): kumpulan kebudayaan dr Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dihantar ke Paris sbg ~ penggalakan pelancongan ke Malaysia; ~ kecil kanak-kanak yg dihantar ke luar negeri sbg duta (utk menggalakkan pelancongan dsb);~ pengembara Id wakil negara yg pergi ke negara-negara lain utk menguruskan sesuatu hal;
kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar sekali;
perdutaan perutusan ke luar negeri;
peduta, penduta sl timbalan (penolong) ketua dlm sesuatu utusan: apa nama raja dutanya dan siapa ~nya?
duti
cukai yg dikenakan oleh kerajaan terutamanya atas barangan import;
~ eksais duti yg dikenakan pd barang yg dikilangkan di dlm negeri; ~ eksport duti yg dikenakan pd barang yg dieksport; ~ import duti yg dikenakan pd barang yg diimport; ~ kastam duti yg dikenakan pd barang yg diimport atau yg dieksport oleh sesebuah negara; ~ setem duti yg dikenakan pd dokumen (spt surat perjanjian, dokumen pindah hak milik, dll) yg bayar dgn membeli dan mematikan setem
duyun; berduyun-duyun
(datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong: ketika itu orang sedang ~ pergi ke tempat kerja masing-masing; pagi-pagi lagi, orang sudah ~ menuju ke Stadium Merdeka.
|