Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 3.313
Hari ini : 38.782
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 55 56 57 58 59 >  Last ›
dungkul
sj hantu
dungu

tongong, bebal, bodoh, tolol, dongok;

mendungukan menjadikan dungu, membodohkan, membebalkan;

kedunguan perihal dungu, kebodohan, kebebalan, ketololan

dungun
sj tumbuhan (pokok), Heritiera littoralis; ~ paya sj tumbuhan (pokok) dlm famili Juglandaceae, paar, teraling, Engelhardtia spp. (terutama E. serrata dan E. spicata)
dunia

1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat;

~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat: ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak: ~ luar masyarakat (negeri dll) luar: ~ ramai masyarakat ramai (umum): ~ sukan lapangan sukan;

~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus;

sedunia yg mengenai (melibatkan) negeri-negeri di seluruh dunia: pameran dagangan ~;

berdunia 1. hidup atau berada di dunia; 2. bersuka-suka di dunia, sangat berusaha mencari harta dunia: kebanyakan mereka yg ~ itu habis harta benda mereka tergadai; 3. ki bergaul, bercampur, berkawan, bersahabat: dia asyik berkurung di dlm bilik, tidak ~ langsung dgn orang;

keduniaan 1. perihal dunia, kehidupan di dunia: dia manusia biasa yg mempunyai perhitungan sendiri mengenai kemanusiaan dan ~; 2. harta benda dunia, kesenangan hidup di dunia: banyak orang yg khayal dgn ~ semata-mata.

duniawi keduniaan: ahli-ahli siasah dan pemimpin negara memberikan corak hidup ~ yg tertentu kpd kita;

keduniawian 1. bersifat dunia, mengenai sesuatu yg tidak kekal; 2. perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dsb)

duniawiah
† keduniaan
duodenum (duodénum)
bahagian pangkal usus kecil, terletak di antara perut dan jejunum (tali perut)
dup IB; didup
disiram dgn air suci dlm agama Kristian, dibaptiskan
dupa

kemenyan (setanggi dsb) yg harum baunya apabila dibakar;

mendupai membakar dupa;

pedupaan, pendupaan, perdupaan tempat membakar (menyimpan) dupa: kemudian Sutan Balun pun meminta ~.

dupak; mendupak
menyepak, menendang
duplikasi

pertindanan pelaksanaan tugas dsb: ini boleh menyebabkan berlaku ~ di beberapa kementerian dr segi fungsi dan bidang kuasa;

menduplikasikan 1. membuat salinan atau lembaran kedua; 2. menyebabkan berlaku pertindihan tugas (kerja dll) yg dilaksanakan oleh orang (agensi dsb) tertentu: keseragaman asas desa belum lagi ~ keseragaman asas kota.

duplikat
IB salinan surat dll
duplo
IB rangkap dua, dua sekali (surat dll), dwilipat
dur
Ar mutiara; durat
dura I

sl risau, susah hati, gelisah: dilipurkannya hatinya yg ~ dgn membaca buku cerita.

dura II
sl jauh: nampaknya hampir tetapi ~.
dura mater (Bio)

lapisan selaput paling luar yg teguh yg menutupi otak dan saraf tunjang

duralumin
sj aloi aluminium yg ringan dan kuat yg mengandungi tembaga, silikon, magnesium dan mangan, dan digunakan dlm pembuatan kapal terbang
durat
Ar mutiara; dur
duren

(durén) Jk durian

durhaka → derhaka
‹ First  < 55 56 57 58 59 >  Last ›