Ditemukan : 1199 Record
dukuh
kampung kecil yg terpencil, dusun;
pendukuhan kelompok dukuh, perkampungan kecil
dukun
orang yg mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dgn membaca jampi serapah dsb), bomoh, pawang; ~ beranak bidan;
berdukun 1. berubat dgn (cara) dukun, berbomoh, berpawang: bukan sedikit orang yg ~ dengannya; 2. bekerja sbg dukun, berbomoh, berpawang: sekarang tidak banyak lagi orang yg ~;
mendukuni mengubati dgn cara berdukun: banyak juga orang yg sakit berat setelah didukuni oleh puteri itu menjadi baik;
perdukunan yg mengenai atau berkaitan dgn pengubatan cara kampung atau tradisional, yg berkaitan dgn ilmu dukun: di rantau sebelah sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau ~ sudah menjadi rempah dlm kehidupan.
dukung I;
kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll);
berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet berpegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi;
mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. menggendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dsb): bahawasanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. membantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. mengemukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya;
~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg naka; didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya;
dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, belakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, pertolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu;
pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia;
pendukung 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta.
dukung II;
~ anak sj tumbuhan (pokok), amin buah, rami buah, turi hutan, Phyllantus niruri
dukut
Jw † rumput
dulang I
1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll);
bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza kesukaannya; mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela;
berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam: hidangan itu dibawa ke dlm tanpa ~;
mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dgn dulang: banyak orang yg didapati ~ bijih di anak-anak sungai dlm kawasan hutan simpan;
pendulangan perbuatan mendulang, pelimbangan;
pendulang 1. dulang utk melanda (melimbang); 2. orang yg kerjanya mendulang (emas, bijih, dsb)
dulang II Mn; mendulang
membumbung berkepul-kepul (asap dll)
dulang III Jw; mendulang
menyuapkan makanan kpd anak-anak
dulang IV
sj tumbuhan (pokok), bereksa, tengguli, Cassia fistula;
dulang-dulang
1. sj tumbuhan (pokok renek), petai belalang, petai laut, Desmodium umbellatum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), bungau, ceremai antan, ubah paya, Glochidion obscurum
dulapan
sl lapan
duli
1. sl abu, debu (yg melekat pd kaki): maka hancur luluhlah segala menjadi ~; 2. bd baginda: maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah kpd sekalian yg hadir; 3. kaki; bercemar ~ bd pergi, berjalan; ke bawah ~ tuanku kpd baginda;
mata ~ buku lali; menjunjung ~ a) menyembah, sujud kpd raja; b) mengerjakan perintah raja;
berduli 1. sl berdebu; 2. bd pergi ke, bercemar
dulu → dahulu
dulu betina;
bunga ~ bunga yg pistilnya masak lebih dahulu drpd stamen
dulu jantan;
bunga ~ bunga yg stamennya masak lebih dahulu drpd pistil
dumdum
sj peluru yg meledak apabila kena pd sasarannya dan boleh menyebabkan maut atau kecederaan parah; → demdem
dumping → damping III
dumung
Jw, sl ular yg bisa dan berwarna hitam
dunak
Jw sj bakul besar
dungas †; mendungas
mendungus, mendengkus
|