Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.388
Hari ini : 48.515
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›
dangka II; terdangka-dangka
sl mendekati (pantai, darat, dll), merapati
dangkal I

1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg ~; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan seseorang), cetek: saya tidak berani mengatakan yg dia ~ dlm hal tersebut; pemikiran yg ~; pengetahuan yg ~ tentang politik;

mendangkalkan 1. menjadikan dangkal (tidak dalam), mencetekkan; 2. memandang (menganggap) dangkal;

kedangkalan perihal dangkal: memang ternyata ~ pemikiran itu.

dangkal II

Jk 1. keras mengkal (dan busuk di dlm, bkn buah-buahan); 2. tidak subur (bkn tanah), kering (tidak berair), usang; 3. ki keras hati, kurang sopan; 4. ki alang kepalang, terbengkalai (bkn pekerjaan dll);

dangkalan; sial ~ sial sekali, sangat sial

dangkung
sj penyakit kusta
dangla;
~ hantu sj tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu (kepayang) hitam, Crataeva macrocarpa
danguk; berdanguk, mendanguk, terdanguk
(duduk) dgn bertopang dagu dan kepala mendongak sedikit
dansa

tarian cara Barat; dewan ~ dewan tari-menari (cara Barat); ~-dansi berbagai-bagai jenis tarian cara Barat;

berdansa menari cara Barat; ~-dansi menari-nari cara Barat, menari berbagai-bagai jenis tarian Barat

dansanak

Mn sanak saudara, keluarga; ~ kandung saudara kandung; ~ ibu (bapa) saudara sepupu;

berdansanak bersanak saudara, bersaudara pupu; ~ anjing adik-beradik seibu tetapi lain bapa; awak nan tidak ~ sebatang kara

dansing

bp sj tarian Barat (spt `waltz`, `foxtrot`, dsb);

berdansing menari tarian Barat (spt `waltz`, `foxtrot`, dsb)

danta
sl gading, gigi, putih spt gading; ~ yg terupam gading yg dikilatkan
danu I
† danau, kolam, tasik
danu II;
ular ~ pelangi
danuh
† pemanah (nama gugusan bintang yg kesembilan dlm bintang dua belas)
danur I
air yg keluar drpd bangkai (mayat) yg telah busuk
danur II; berdanur
bp sangat kotor kerana penuh atau berpalit dgn daki dsb (bkn tubuh, pakaian, dll)
dap
sj gendang atau tambur yg mempunyai pemukul
dapa
sl hamba yg dikirimkan sbg hadiah kpd bakal mentua
dapat

1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus);

~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;

sedapat sesudah dapat (menerima): ~ sahaja telegram itu dia pun segera pulang; ~ mungkin seboleh-bolehnya, seboleh mungkin, seberapa dapat (boleh);

sedapat-dapatnya seberapa dapat, sedapat mungkin, seboleh-bolehnya: ~ rumah itu diatur dgn sebaik-baiknya; semua pihak telah berusaha ~ utk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah;

berdapat 1. Mn padan, patut, sesuai; 2. = berdapatan bersua (dgn), berjumpa (dgn): kami ~ dgn dia di bandar;

mendapat 1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya;

~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;

memperdapat, perdapat mendapat dgn usaha, memperoleh: kalau perempuan itu diperdapat dgn mudah, saya takut kalau-kalau dilepaskannya dgn mudah pula;

mendapati, dapati 1. memperoleh: elaun itu menjadi tambahan kpd gaji yg mereka dapati; pejabat-pejabat yg menerima hasil, harus menaksir berapa banyak hasil yg boleh mereka dapati pd tahun hadapan; 2. menemui, menjumpai, melihat (secara kebetulan): apabila saya sampai di rumah itu saya ~ dua orang pemuda sedang memanjat pintu pagarnya; dia ~ ibunya sedang berbual-bual di luar; 3. mengetahui (hasil drpd penyiasatan, penyelidikan, pengkajian dsb), membuat kesimpulan (berdasarkan kajian, penelitian, dsb): dia didapati menghidap penyakit malaria; mahkamah ~ yg dituduh bersalah;

mendapatkan 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;

terdapat ada (kelihatan), didapati, diketemui, diperoleh: sesudah diperiksa kebunnya ternyata masih ~ rumput-rumput tumbuh di beberapa tempat;

dapatan 1. † sesuatu yg didapati (diperoleh), perolehan; ~ tinggal harta yg didapati semasa kahwin dan menjadi hak isteri apabila bercerai; 2. sesuatu yg didapati atau diketemui (hasil drpd kajian, penyelidikan, dsb), penemuan: menyediakan laporan tentang beberapa ~ drpd kajian yg telah dijalankan;

kedapatan didapati, dijumpai, diketahui: manakala ia balik, ~ rumahnya sunyi; apabila kerjanya itu hendak dipangku oleh orang lain, ~ kira-kira wangnya terkurang sebanyak dua puluh ringgit;

muka berpandangan, budi ~, kasih bagai lama juga prb anggapan (perasaan) yg tidak berubah kpd seseorang walaupun ia berlaku serong;

pendapatan 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelumnya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang;

berpendapatan mempunyai atau beroleh pendapatan: golongan yg ~ rendah;

pendapat 1. kesimpulan yg dibuat atau diperoleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal tersebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, menciptakan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland;

berpendapat mempunyai pendapat (pandangan);

bersependapat sama-sama berpendapat

daperas → dapra
dapra
sesuatu yg menyerupai bantal yg dipasang di lambung (di rusuk) kapal dsb supaya tidak bersentuhan dgn pangkalan dsb: sebuah ~ digunakan di bahagian hadapan kalau kapal hendak merapat atau hendak bertolak.
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›