Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 3.791
Hari ini : 41.838
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 7 8 9 10 11 >  Last ›
danasiswa
Id (kumpulan) wang utk membantu pelajar (mahasiswa) yg tidak mampu, biasiswa
danau I
kawasan berair yg luas yg dikelilingi tanah (daratan), tasik: D~ Toba; ular ~ a) ular sawa; b) pelangi
danau II; mendanau
berlaku sumbang (dgn perempuan tempat menumpang tinggal)
danawa
sl gergasi, raksasa
dandan I

hiasan (spt pakaian, solekan, dll): ~nya sungguh menarik hati;

berdandan 1. berhias (diri), bersolek: petang itu dia kelihataan lebih ~; 2. berpintal rambut (perempuan): gadis sekarang lebih gemar mengeritingkan rambut drpd ~;

mendandan, mendandani 1. menghiasi (dgn mengenakan pakaian, solekan, dll): dia selalu ~ pengantin di majlis perkahwinan; 2. memperlengkapi: mereka pun ~ kapal utk belayar; 3. membaiki, membersihkan (menjaga atau menguruskan supaya elok): batang-batang kacang yg menjalar itu kelihatan spt semak-semak yg sudah didandani; jalan-jalan raya yg sudah lama tidak didandani; 4. menjalin (memintal) rambut;

dandanan hiasan, pakaian perlengkapan;

pendandan orang yg pekerjaannya (profesionnya) mendandan (menghiasi) orang: ~nya seorang lelaki.

dandan II

tambahan pd geladak perahu (supaya lebih luas);

mendandani memasang dandan pd geladak perahu: patik dandani kapal ini bukan tempat penggawa menghadap, tetapi tempat berperang.

dandan III
sj tali (kawat) yg besar
dandang I
1. sj periuk besar yg biasanya dibuat drpd tembaga utk mengukus nasi; 2. sj tangki tempat air dll dipanaskan utk mengeluarkan wap dlm enjin, utk membekalkan air panas
dandang II
sj perahu yg dibuat drpd batang kayu; jika tak lalu ~ di air, di gurun dirangkakkan (ditanjakkan) prb menggunakan segala daya usaha utk mencapai maksud.
dandang III
sj burung, gagak, dendang
dandi I
1. sl sj gendang kecil, tambur; 2. sj alat bunyi-bunyian, kecapi: memetik ~.
dandi II
belang kecil, cecak; harimau ~ harimau yg berbelang-belang
dang I
sl gelaran kpd wanita yg tinggi kedudukannya (dlm istana dll); D~ Merduwati (nama) ibu Hang Tuah
dang II
† kukus (nasi dll);
didang
dikukus
dangai
sj kuih (dibuat drpd tepung pulut, kelapa, dan gula, dan dibakar)
dangau
pondok kecil di sawah atau ladang (tempat menjaga tanam-tanaman dll): dia selalu menunggu durian di ~;
dangdut
1. irama lagu pop Melayu (yg melebihkan bunyi gendang); 2. orkes atau kumpulan muzik Melayu
dangir Jk; mendangir

menggemburi tanah (supaya boleh ditanami)

dangka I; berdangka
† menyangka, menganggap
‹ First  < 7 8 9 10 11 >  Last ›