Ditemukan : 1199 Record
dambin
Mn 1. bunyi (benda besar) jatuh, dambun, debum, degum, debak; 2. terlalu gemuk (besar, berisi) menyebabkan serba-serbi lambat;
berdambin berdambun, berdebum, berdegum, berdebak: guni beras itu jatuh ~.
dambun
Mn dambin, debum, degum;
damdam → dam I
dami I
sesuatu (barang, buku, dll) yg digunakan sbg contoh bagi barang dll yg sebenarnya: ~ buku yg akan diterbitkan.
dami II
Jw jerami
damik Mn; mendamik
menepuk, menampar, mendabik; ~ dada menepuk (mendabik) dada
dammah
Ar baris depan yg menandakan bunyi `u` dlm tulisan Arab
dampak; mendampak
1. melanggar, membentur; 2. ki kesan yg kuat yg menghasilkan akibat positif atau negatif, impak: penonjolan bakat baru ini tidak akan bermakna sama sekali sekiranya kelahiran mereka tidak memberi ~ yg besar.
dampar; mendampar
mengalir ke pantai (bkn air laut), menghempas (bkn ombak), membanting, memukul (pantai): ombak ~ ke pantai;
mendamparkan menghempaskan (ke pantai, darat, dll), melemparkan, mencampakkan: setelah berhari-hari terapung-apung di laut, perahu itu pun didamparkan ombak ke pantai;
terdampar tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas (bkn perahu dll): sebuah perahu ~ di pantai itu.
dampil; berdampil
(duduk) rapat-rapat hingga bersentuhan: duduk ~;
mendampilkan meletakkan (mendudukkan) supaya rapat (bersentuhan), merapatkan (bersentuhan): Minah ~ dirinya di sisi Osman, kekasihnya; sampannya didampilkannya pd sebuah perahu.
damping I
1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatannya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~;
berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu;
kedampingan † kerapatan, kekariban (perhubungan dsb), keeratan;
mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apabila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), menghampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (mengasingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk;
mendampingkan 1. meletakkan (mendudukkan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow;
perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya;
pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal.
damping II
Mn berpencak beramai-ramai membuat sebuah lingkungan disertai nyanyian
damping III
bp (amalan) menjual barang (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih murah di negeri orang drpd di negeri sendiri, melonggok
dampit
degil, keras kepala
damprat; mendamprat
Jk memaki hamun, mencaci maki;
dampratan caci maki, celaan (keras)
damuih
Pl kotor
dan I
1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi
dan II
bp sempat; tak ~ tidak sempat; tak ~-mengedan tidak sempat apa-apa; tak ~ menggesek biola menari dahulu prb berbuat sesuatu sebelum masanya;
dan-dan serta-merta, (dgn) tidak berlengah-lengah: apabila gurunya memanggil, ~ dia datang.
dana
1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma; 3. sl dermawan, pemurah (hati);
~ amanah harta yg dikendalikan oleh pemegang amanah; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak pemegang saham; ~ pencen dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pelaburan yg mudah ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk membuat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt membeli surat khabar, tambang teksi, dll).
danai;
~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), senduduk kenyur (rimba), Anplectrum glaucum
|