Ditemukan : 1199 Record
dada I
1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; membusungkan ~ ki membanggakan diri, memperlihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku;
~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas;
~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputusan; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut dikempiskan prb perlakuan yg tidak adil;
berdada mempunyai dada yg penuh (berisi);
berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang;
mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn membusungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) seorang lawan seorang;
dadaan bahagian badan sebelah perut (hadapan)
dada II;
~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens
dadah 1. ubat-ubatan; 2. bahan (spt ganja, heroin, marijuana, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya berlanjutan (merosakkan kesihatan, membawa maut, dll);
pendadah tempat menyimpan dadah (ubat-ubatan)
dadak I; mendadak
(dgn) tiba-tiba, (dgn) tidak disangka-sangka, (dgn) serta-merta: ia berangkat dgn ~; perubahan ~; ~ sontak sangat tiba-tiba, serta-merta
dadak II → kedadak I & II
dadap I
sl perisai bulat yg dibuat drpd rotan atau kulit kayu
dadap II
sj tumbuhan (pokok); → dedap
dadar
1. = kuih ~ sj kuih biasanya berinti kelapa yg kulitnya dibuat drpd tepung gandum bercampur telur dll; 2. = telur ~ telur yg dipukul dan digoreng nipis;
mendadar membuat dadar; ~ telur menggoreng nipis-nipis telur yg sudah dipukul.
dadek
(dadék) Mn †; terdadek tersesat
dadi
† dadih
dadih
air susu (kerbau, lembu, dll) yg pekat atau telah dikentalkan; kepala ~ bahagian dadih yg di sebelah atas; ~ darah darah yg pekat (kental); ~ jalang susu yg baik; ~ kering mentega; ~ pekat susu yg pekat (kental);
mengajar orang tua makan ~ prb mengajar orang yg lebih pandai
dadu I
1. sj kiub yg bertanda titik (dr satu hingga enam) pd kesemua permukaannya (biasanya digunakan dlm perjudian); 2. = ~ putar = ~ pusing = ~ sintir sj alat judi yg boleh diputarkan (dipusing); 3. kiub (benda berbentuk segi empat yg mempunyai enam permukaan)
dadu II
(warna) merah muda: bunga raya ~; pipinya yg berwarna ~.
daduh; mendaduh, mendaduhkan
menidurkan anak dgn bernyanyi, mengulit(kan), mendodoikan, mendondong; → dadung
daduk; mendaduk
meminta sedekah, mengemis;
pendaduk peminta sedekah, pengemis
dadung; berdadung
bernyanyi utk menidurkan anak, berulit;
mendadung, mendadungkan menyanyikan anak supaya tidur, mengulit(kan), mendodoikan, mendondong; → daduh
daeng
(daéng) gelaran Bugis
daerah
(daérah) 1. lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk kemudahan pentadbiran: negeri Melaka terbahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg mengurus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah;
~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air;
~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu;
~ seberang laut(an) daerah jajahan;
~ sungai kawasan yg mendapat air dr sungai;
~ takluk tanah jajahan;
~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan);
sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat;
kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menyeluruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; pengajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~.
dafah
Ar, sl hantaran perkahwinan: ia mengarak ~ yg indah-indah spt raja kahwin
dafnah
† sj tumbuhan (pokok kecil) yg daunnya dibuat mahkota pahlawan
daftar
susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (disyaki jahat);
berdaftar mempunyai daftar, termasuk (tercatat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah dicatatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya);
mendaftar, mendaftarkan memasukkan (mencatatkan) dlm daftar, mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah;
terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar;
pendaftaran perihal mendaftarkan, tindakan atau urusan dsb mencatatkan (merakamkan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kerajaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb);
pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan)
|