Ditemukan : 1199 Record
daga I;
~-dagi berbagai-bagai perbuatan menentang perintah;
mendaga menentang (membantah) perintah; → dahagi I
daga II
† haus; dahaga
dagang I
1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah;
~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll);
laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain;
perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya;
berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu;
mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain;
dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak;
~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ keluar barang yg dieksport;
~ masuk barang yg diimport;
~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali;
perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju;
~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini;
~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll);
~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll);
pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun;
~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai;
~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil;
~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah;
~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit
dagang II
Mn; mendagang memikul, mengusung;
dagangan barang-barang yg dipikul;
pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul
dagel
Jw; tukang ~ = dagelan orang yg berjenaka, pelakon yg membuat orang ketawa, pelawak;
mendagel melawak, berjenaka (utk membuat orang ketawa)
dagi;
daga-~ berbagai-bagai perbuatan menentang perintah;
mendagi menentang (membantah) perintah;
pendagi orang yg menentang perintah; → daga I, dahagi I
daging
1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin);
~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah daging yg baru (dr binatang yg baru disembelih); ~ kain susunan benang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan;
bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat kelebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan;
berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin;
mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi durian itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~;
terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati
dagu
1. bahagian muka di sebelah bawah mulut; ~nya spt lebah bergantung ki dagu yg cantik; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai dagu; ~ keris hujung ganja keris; spt janggut pulang ke ~ prb kena pd tempatnya
dagun;
akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar mentadu, akar putat, Gnetum tenuifolium
dah I
kep sudah: ~ lama kami cari rumah, tidak dapat.
dah II
tugas, dinas
dahaga I
1. berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus; 2. keinginan keras hendak minum, haus; melepaskan (menghilangkan) ~ minum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi; 3. sangat ingin akan sesuatu: anak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya;
berdahaga menanggung rasa dahaga: dia sentiasa mengasingkan diri drpd orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~;
mendahagai dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dgn amat sangat: ia ~ pujukan mesra; ~ kasih sayang;
mendahagakan 1. menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan; 2. ki mempunyai keinginan yg keras utk mencapai atau memperoleh sesuatu, sangat ingin akan: anak-anak Melayu yg dahagakan ilmu;
kedahagaan perihal dahaga, kehausan, keinginan (akan sesuatu)
dahaga II;
~-dahagi dahagi I
dahagi I
pertentangan terbuka terhadap pihak berkuasa; dahaga-~ berbagai-bagai pertentangan terhadap pihak berkuasa;
mendahagi menentang pihak berkuasa;
pendahagi orang yg menentang pihak berkuasa
dahagi II Kd, Pl degil: budak itu ~ sangat.
dahak
gelema (lendir) yg keluar dr kerongkong ketika batuk, kahak;
berdahak, mendahak mengeluarkan dahak, berkahak, mengahak
daham
batuk kecil biasanya disengajakan (kerana hendak menarik perhatian orang dsb);
berdaham berbatuk kecil (mengeluarkan bunyi hem, hem): apabila terdengar ayahnya ~, Ahmad terhenti drpd bermain-main; deham
dahan I
bahagian yg tumbuh dr batang pokok; ~ pembaji batang = baji membelah ~ prb berbudi kpd orang dgn menggunakan perbelanjaan orang itu sendiri;
berdahan mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya: pokok yg ~.
dahan II → pendahan
dahanam Kd, Kl bunyi yg kuat, bergempa;
berdahanam berbunyi dgn kuat
dahar; mendahar
1. (Sunda) makan; 2. Jk santap
dahara;
akar ~ sj tumbuhan (pokok), Ficus recurva
|