Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 2.254
Hari ini : 31.736
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›
dahat
Kl palang, salib
dahi

1. bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut; bulu ~ kening; ~nya kiliran taji ki dahinya licin; ~nya sehari bulan ki kaki rambutnya melengkung spt bulan sehari; 2. ki bahagian depan (sesuatu) yg boleh disifatkan sbg dahi; ~ layar kayu pd tiang utk menguatkan layar;

biar ~ berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal maksud tercapai;

siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga prb siapa pun yg berkuasa, aku tetap menghormatinya.

dahiat
Ar kecelakaan, kemalangan
dahina
sl (siang) hari
dahlia
tumbuhan (berasal dr Amerika Tengah) yg akarnya berumbi dan bunganya berwarna-warni, Dahlia pinnata
dahri, dahriah

Ar; kaum ~ kaum yg tidak percaya akan wujudnya Allah

dahsyat

1. menakutkan, mengerikan: mencapai sesuatu dgn membunuh orang ialah cara yg sangat ~ dan mengerikan; kemalangan jalan raya yg ~ ; 2. Kl takut (ketakutan), ngeri: takut dan ~lah ia; 3. hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dll): ~ betul engkau ini, engkau lebih tolol drpd adikmu; letupan yg ~ kuatnya; ~ betul harga barang-barang di kedai itu;

mendahsyat  menghebat, menjadi-jadi: peperangan semakin ~;

mendahsyatkan  1. menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakutkan, mengerikan: keadaan yg sebenarnya sangat ~ hatinya; 2. menghebatkan, memburukkan, menerukkan: kejadian-kejadian demikian ~ lagi keadaan;

memperdahsyat  1. menjadikan bertambah takut atau ngeri; 2. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat;

kedahsyatan  1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat keindahan dan ~ dunia di sekeliling mereka.

dahuk
Kd terlalu ingin akan hak orang lain (lebih buruk drpd tamak atau haloba)
dahulu

1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lampau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; ~ kala, zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai;

berdahuluan, berdahulu-dahuluan, dahulu-mendahului berkejar atau berlumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;

mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;

mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus didahulukan drpd kerja sendiri; 2. memberikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua;

terdahulu  1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: setengah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;

kedahuluan  1. perihal terdahulu; 2. Jk didahului, terlambat, terlewat;

keterdahuluan  perihal terdahulu: ~ Allah atas alam;

pendahuluan 1. permulaan; kata ~ keterangan di permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;

pendahulu  1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya. 

daif

cacat, hina, lemah: orang yg ~;

mendaifkan memandang rendah (hina), menghinakan: tidak guna ~ orang yg lemah;

kedaifan  perihal daif, kehinaan, kekurangan, kelemahan.

daih; mendaih
Kd menghalang (menahan) kaki seseorang supaya jatuh: dia ~ kaki saya
daik
benteng atau tembok, biasanya dibuat drpd tanah utk membendung air
dail

cakera pd telefon yg ditandai dgn nombor yg diputar sewaktu menghubungi seseorang;

mendail  memutar dail, atau menekan butang bernombor, pd telefon sewaktu hendak menghubungi seseorang

daim
Ar abadi, kekal selama-lamanya
daiman
1. lambang berbentuk wajik berwarna merah pd daun terup; 2. daun terup yg mempunyai lambang ini
daing I → daeng
daing II

ikan (daging ) yg dikeringkan;

minta darah pd ~ prb meminta pertolongan drpd yg tidak berupaya menolong

daitia → datia
dajal
Ar 1. makhluk yg akan muncul utk menyesatkan manusia sebelum terjadi kiamat, tetapi akhirnya dapat dibunuh oleh Nabi Isa a.s.; 2. ki (orang yg) berperangai jahat (penipu dll), buruk (bkn sifat, kelakuan); ~ sungguh fiilnya buruk sungguh perangainya; anak ~ anak yg jahat
dajat
Kd ejek, perli, usik
‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›