Ditemukan : 1199 Record
darun
Mn bunyi serentak yg kuat;
sedarun serentak (berbunyi, bersuara, dll)
darurat
1. keadaan yg mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yg berlaku dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka), kesukaran yg timbul dgn tidak disangka-sangka (spt bahaya, kekurangan makanan, dll): dlm keadaan ~ begini barulah orang ramai ingat akan Tuhan; 2. keadaan yg serba sulit (huru-hara, tidak aman, dsb) yg disebabkan oleh ancaman musuh (peperangan dll): ketika ~ di Malaya diisytiharkan, ayah saya bertugas sbg anggota polis di sebuah bandar yg terpencil; undang-undang ~ undang-undang yg digubal dan dikuatkuasakan dlm masa darurat;
mendaruratkan 1. menjadikan darurat; 2. memaksa
darussalam
Ar 1. alam yg aman; 2. syurga ketujuh
darwis
Ar orang yg sengaja hidup miskin utk mendapatkan kesempurnaan jiwa, fakir
das I
1. bunyi tembakan senapang (meriam dsb); 2. penjodoh bilangan utk tembakan meriam (senapang dsb): ketibaan baginda Sultan disambut dgn tembakan meriam 21 ~.
das II
Kd menghalang (menahan) kaki orang supaya jatuh
dasa
sepuluh, puluh
dasalumba
Id pertandingan (sukan) yg terdiri drpd sepuluh acara atau jenis sukan, dekatlon
dasar
1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian;
berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, bersandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. † = berdasarkan;
berdasarkan berasaskan, bersandarkan, berlandaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;
mendasar bersifat dasar atau asas: keperluan-keperluan yg paling ~ bagi zamannya;
mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya;
mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;
pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara.
dasau
Pr bekas air drpd tempurung kelapa
dasawarsa
masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu ~; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh
dasi
Id tali leher atau hiasan drpd sutera dsb yg dipakai spt tali leher; ~ kupu-kupu tali leher yg diikat dgn cara simpul pulih;
berdasi memakai dasi (tali leher)
dastur;
layar ~ layar kecil sbg tambahan kpd layar besar
dasun
sj bawang putih, Allium sativum; sbg~ tunggal sl bentuk hidung yg cantik;
mendasun spt dasun; ~ tunggal bentuk hidung yg cantik
dat
1. huruf ke-16 dlm abjad Arab (mempunyai nilai 800); 2. huruf ke-16 dlm abjad Jawi.
data
butir atau maklumat yg diketahui atau yg telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas utk membuat kajian (analisis atau kesimpulan)
datang
1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lambaikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan mencuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. † = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan;
~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd perempuan); ~ hati sampai hati, tergamak;
~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting;
datang-datang 1. setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~lah ke rumah apabila senang;
berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya;
berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat;
mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yang didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. † terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata;
pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki;
mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id † menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran);
datang-mendatangi saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawat-melawati;
mendatangkan 1. membawa (memasukkan, memanggil) dr tempat lain: air tambahan ini didatangkan dr kolam dan terusan air; pihak universiti akan ~ beberapa orang pensyarah dr luar negeri; 2. menyebabkan (mengakibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dll) sesuatu, menimbulkan: demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kpd negara kita; moga-moga usaha ini akan ~ faedah kpd kita bersama; peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata;
kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid);
pendatangan perihal (perbuatan dsb) mendatangi atau mendatangkan;
pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ tanpa izin = ~ haram orang asing yg memasuki sesebuah negeri lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negeri tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat
datar
(sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah; tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit);
~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil;
sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb);
~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin;
mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~;
mendatarkan menjadikan datar, meratakan: kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah;
dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. † padang, lapangan;
kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerataan;
pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan (meratakan)
dati
pengerahan tenaga (utk keperluan raja)
datia
† gergasi, raksasa, daitia
|