Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.917
Hari ini : 52.157
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›
Datin
gelaran bagi isteri seseorang yg telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato`); ~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato` Seri)
Dato` → Datuk II
datu I

1. † raja, ratu; 2. Mn tukang ubat-ubatan (ramuan), bomoh; 3. Jk orang yg keramat, orang yg telah meninggal;

kedatuan 1. † kerajaan, pemerintahan; 2. Mn tari-tarian

Datu II
gelaran kehormatan di Sabah (sbg anugerah)
datuk I

1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. † panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, penunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai kepercayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau;

~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu † pegawai dan kakitangan jabatan hutan;

mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya.

Datuk II

1. gelaran kehormatan kpd orang-orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasanya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temenggung; 2. gelaran kehormatan (di Malaysia) kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Patinggi gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak (kerana menghargai jasa seseorang); ~ Seri gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh negeri-negeri tertentu di Malaysia (kerana menghargai jasa seseorang kpd negara);

~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya, Ketua Dewan Bandaraya

datung
† sl datuk (kakek)
dauk
putih keabu-abuan (bkn warna kuda); jenis-jenisnya: ~ bertitik, ~ cempaka, ~ macan, ~ ruyung.
daulat

1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); ~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. † tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;

berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain;

mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (kekuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir;

mendaulatkan menjadikan berdaulat, memberi hak (kuasa dll), menjadikan berwibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru;

kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi;

pendaulatan perihal atau perbuatan mendaulatkan: ~ Bahasa Kebangsaan;

pendaulat bp orang yg mendaulat

daun I

1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya leper dan nipis, berwarna hijau, dan tumbuh di dahan; 2. benda yg berhelai-helai (berkeping-keping nipis-nipis): ~ rokok; ~ terup dll; 3. bahagian sesuatu yg lebar lagi nipis; ~ kipas bahagian kipas angin yg berkeping-keping; ~ pintu (tingkap) papan pintu (tingkap) yg boleh dibuka tutup;

~ ceding Kl pelengkap (penguat) sesuatu; ~ dayung bahagian yg lebar di hujung dayung (pengayuh); ~ kaki Kl taraf yg paling rendah; ~ meja papan di atas meja; ~ neraca (dacing) piring neraca (dacing); ~ padi sj pisau kecil; ~ rampas Kl a) daun yg dipungut kali yg terakhir; b) kaum yg dikuasai orang lain; ~ parsli sejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yg digunakan sbg perisa atau hiasan dlm masakan, Petroselinum crispum; ~ sari salut ranggi dan kelopak bunga dikira sekali; ~ sisik tumbuhan kecil (pd pokok) yg melindungi tunas; ~ tapak anjing Kl daun tumbuh-tumbuhan yg mula-mula bercambah; ~ telinga bahagian telinga yg di luar, copeng telinga; makan se~ sl makan bersama-sama di sesuatu tempat (sebelum masuk perang dll sbg tanda seia sekata);

~ dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga prb tidak sama kasih kpd anak sendiri dgn kasih kpd anak orang; ~ nipah dikatakan ~ labu prb salah faham yg terbit kerana malas bertanya; ~nya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga prb akan ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi pengetahuannya, yg berguna tinggal dan yg tidak berguna terbuang; bagai kucing main ~ prb peri kehebatan seseorang;

berdaun mempunyai daun, tumbuh (bercambah) daunnya;

mendaun menjadi spt daun; ~ kayu ki banyak spt daun kayu; ~ kunyit ki tidak berguna;

daunan daun (terutamanya digunakan dlm karya sastera)

daun II
= tengas ~ sj ikan darat, Acrossocheilus deauratus; ~ baharu sj ikan laut, Ephippus orbis
daun III;
burung ~ sj burung, Chloropsis sonnorati zosterops
daung
Kl; panjang ~ sangat panjang
daup; daup-daup, dedaup
1. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata
daur

jangka masa tertentu;

~ besar jangka masa 120 tahun; ~ kecil jangka masa lapan tahun, windu

dawah

sj tumbuhan (rumpai), aring-aring, daun dakelin, keremak hutan (jantan), rumput kunang putih, Eclipta alba

dawai I

tali drpd logam (digunakan utk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dll), kawat;

~ duri dawai berduri yg dibuat pagar; ~ gelang (kasar) † dawai telegraf; ~ ketegangan tinggi kawat yg mengaruskan tenaga elektrik yg tinggi; ~ mata punai dawai yg dianyam (digunakan utk membuat kandang ayam dll);

umpama ayakan ~ prb pekerjaan seseorang yg tidak cermat

dawai II; dawai-dawai, dedawai

sj tumbuhan (pokok), sedawai, Smilax calophylla;

mendawai memasang dawai atau kawat: dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~;

mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dll): punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram;

pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai: Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter baru utk memperbaik sistem ~nya.

dawang
Kl kawasan (keping) tanah
dawas
Kl, Tr berkurang (bisa, mutu, dll)
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›