Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.184
Hari ini : 52.279
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 13 14 15 16 17 >  Last ›
daya I

1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat;

~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ maju kemampuan utk maju atau berkembang; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu;

sedaya = sedaya upaya;

berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budinya; tujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); ~ maju berkemampuan utk maju atau berkembang;

memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan;

mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mempengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb);

terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang;

terpedaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu;

kedayaan kebolehan membuat sesuatu;

perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti;

pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan

daya II;
barat ~ mata angin atau arah di antara barat dgn selatan
daya saing
kemampuan utk bersaing;
dayah
† inang pengasuh, orang yg mengasuh (menyusu) anak
dayang

1. sl gadis, perawan; 2. panggilan timang-timangan utk anak-anak perempuan; 3. = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: dia tersandar di katil spt raja yg dikerumuni oleh inang dan ~;

pendayangan dayang-dayang di istana;

pendayang 1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. † perempuan jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu!

dayu; mendayu 1. = mendayu-dayu
sayu (-sayu), sayup-sayup kedengaran (bkn bunyi yg berirama, suara, dsb); 2. = mendayu-dayu berbunyi sayu-sayu atau sayup-sayup: biola ~ melagukan Seri Mersing; 3. = mendayukan menyanyikan (lagu yg sayu) utk menidurkan anak, menguliti (menyanyikan) anak supaya tidur, mendondong
dayuh
Mn; terdayuh; ~ hati berasa sedih (sayu, rawan, dsb) hati, berasa terharu
dayuk
Mn; terdayuk; ~ pinggang terliuk pinggang
dayung

1. sj alat yg berdaun pd hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya);

~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung berbagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian pertengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya;

sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai;

berdayung 1. berperahu (berkapal, bersampan, dll) dgn menggunakan dayung, menggerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal;

mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal;

mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal;

pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung

dayus

hina dan keji (sifat atau perbuatan): hanya laki-laki ~ sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal;

mendayus menghinakan, mengejikan, merendahkan, mencerca;

kedayusan perihal (sifat) dayus: yg kekal dlm masyarakat yg jahil itu ialah kebatilan, ~, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki.

DBKL
kep Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
DBP
kep Dewan Bahasa dan Pustaka (badan berkanun yg mempunyai tugas dan tanggungjawab membina, memajukan dan memperkembang bahasa Kebangsaan dan sastera serta melaksanakan tugas-tugas lain)
DC
kep Diplomatic Corps (Kor Diplomat)
DDT
kep dichloro-diphenyl-trichloroethane (dikloro-difenil-trikloroetana, iaitu sj racun serangga)
de facto
(dé fakto) pd hakikatnya, pd kenyataannya, sebenarnya; kerajaan ~ kerajaan yg pd hakikatnya benar-benar berkuasa (sungguhpun belum sah menurut hukum)
de jure
(dé juré) menurut undang-undang, sah di sisi undang-undang; pemerintah ~ pemerintah yg sah menurut hukum
DEB
kep Dasar Ekonomi Baru
debab

(débab) bp gemuk, tambun, berisi

debah; mendebah
menyembelih; zabah
debak
bunyi spt bunyi orang bertumbuk (barang jatuh dsb); ~ debuk bunyi debak berkali-kali (spt orang bertumbuk, buah-buahan atau barang-barang jatuh dsb); debuk
‹ First  < 13 14 15 16 17 >  Last ›