Kamis, 11 Juni 2026   |   Jum'ah, 25 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 595
Hari ini : 13.035
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 17 18 19 20 21 >  Last ›
dedes

(dédés) I 1. potong (kerat, hiris) tipis-tipis (bkn daging dll); 2. Kl habis, kikis, licin;

mendedes 1. memotong (mengerat, menghiris) tipis-tipis; 2. Kl menghabiskan (mengikis)

dedes
(dédés) II Id 1. musang; 2. kesturi
dedikasi

(dédikasi) 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu;

berdedikasi menunjukkan atau memberikan dedikasi : diharapkan bimbingan ini akan lebih merangsang mereka utk menjadi penulis yg lebih ~ terhadap seni dan masyarakat;

mendedikasikan menujukan sesuatu (mesej sesebuah buku, gubahan muzik, dll) kpd seseorang atau sesuatu sbg tanda penghormatan atau kasih sayang: saya ingin ~ buku ini kpd Dewan Bahasa dan Pustaka.

deduksi

(déduksi) 1. kesimpulan atau rumusan yg dibuat drpd maklumat atau fakta yg ada; 2. perihal (perbuatan, kaedah, dsb) membuat kesimpulan dgn berdasarkan maklumat atau fakta yg ada;

mendeduksikan 1. membuat kesimpulan (penemuan dll) drpd keadaan yg umum kpd yg khusus: pengujian ini dilakukan dgn ~ penemuan itu drpd hipotesis tersebut; 2. merumuskan fakta (kaedah) berdasarkan maklumat yg ada

deduktif

(déduktif) bkn kesimpulan (rumusan) yg dibuat berdasarkan deduksi: keutamaan mestilah diberikan pd pendekatan ~ secara betul dan cekap.

dedulang
sj tumbuhan (pokok renek); dulang IV
Deepavali
hari perayaan bagi penganut agama Hindu
defendan
(déféndan) orang atau pihak yg didakwa atau dituntut dlm mahkamah undang-undang: mahkamah boleh melaksanakan budi bicaranya dan memerintahkan pihak ~ supaya memberikan maklumat yg diminta oleh plaintif; mahkamah membebaskan semua ~.
defensif
(défénsif) bersikap mempertahankan pandangan (hak dll): dia bersikap ~ terhadap warisannya.
defile

(défilé) IB perbarisan (perarakan) tentera;

berdefile berbaris (bkn tentera)

definisi

(définisi) kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti;

berdefinisi mempunyai definisi, bertakrif;

mendefinisikan memberikan definisi, mentakrifkan: ~ istilah;

pendefinisian perihal (perbuatan dsb) mendefinisikan, pemberian definisi, pentakrifan

definitif
(définitif) IB pasti dan muktamad, pasti dan dapat memutuskan, dapat dipertanggungjawabkan dan layak menjadi pegangan: pendekatan ini saya gunakan utk memperoleh sesuatu yg ~ mengenai sastera dlm konteks tempatan dan kebangsaan.
defisit
(défisit) kekurangan hasil pendapatan berbanding dgn perbelanjaan yg diperlukan (bkn anggaran belanjawan dsb)
deflasi
(déflasi) penurunan aktiviti ekonomi yg menyebabkan penurunan tingkat output, guna tenaga, pelaburan, perdagangan, keuntungan dan harga lebih rendah
deformasi

(déformasi) perubahan bentuk (tubuh dll) drpd yg baik kpd yg kurang baik

degam

bunyi spt bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dgn kuat dll);

berdegam, mendegam berbunyi spt bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dgn kuat, dll): sesudah dia masuk, pintu bilik itu pun ~ ditiup angin.

degan
Jw nyiur muda
degap I

bunyi spt bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi degupan jantung dll): sambil mendukung kedua-dua adiknya, ~ -~ dia naik ke rumah; ~-degup bunyi degap berulang kali;

degap-degap degap-degup;

berdegap-degap berbunyi degap-degap: melihat peristiwa yg mengerikan itu, ~ hatinya; degup

degar

bunyi spt bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dll);

~-~ merapati =~-~ perapatkan prb perselisihan (dlm hal keluarga, suami isteri) yg tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi perhubungan;

berdegar-degar 1. berbunyi degar beberapa kali; 2. ki besar dan bersemangat (bkn percakapan seseorang): cakapnya dgn kita selalu berdentum ~;

cakap ~, tahi sangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tidak ada apa yg dikerjakan

degil

(bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu: budak itu memang ~, makin dilarang makin lagi dibuatnya;

berdegil berkeras hati (tidak mahu berganjak drpd pendirian dsb), enggan menurut perintah (suruhan, tegahan, dll): anak itu tetap ~ mengatakan bukan dia yg mencuri;

kedegilan perihal (sifat, sikap, dsb) berdegil, ketegaran, kekerasan hati: kerana ~ merekalah maka mereka menjadi mangsa kemalangan bom itu;

pendegil orang yg degil sifatnya: suaminya itu seorang yg sombong lagi ~.

‹ First  < 17 18 19 20 21 >  Last ›