Ditemukan : 1199 Record
debup
bunyi spt bunyi barang (besar atau berat) jatuh
debur
1. bunyi spt bunyi barang besar jatuh ke air (orang dicampakkan ke air dsb); 2. bunyi spt bunyi ombak memecah ke pantai: degupan jantungnya makin kencang dan hebat macam ~ ombak memukul pantai;
berdebur berbunyi debur-debur: pd waktu malam, hanya terdengar suara ombak ~ sahaja di situ;
mendebur berdebur;
deburan 1. (bunyi) pukulan ombak ke pantai, bunyi spt bunyi barang besar jatuh ke air; 2. ki perasaan (keadaan) yg berkecamuk: dgn hati yg berdamba bergetar, maka melangkahlah dia perlahan-lahan menahan ~ di lubuk hatinya;
berdeburan berdebur-debur: di situ air selalu ~ dgn ombaknya buru-memburu ke pantai.
debus
1. bunyi hembusan angin, bunyi spt bunyi burung mengibaskan kepaknya (daun kayu ditiup angin dll); 2. tidak kena memangkah (dlm permainan gasing); 3. tidak mendapat atau menghasilkan sesuatu apa: beberapa kali si Kantan menebar jalanya, terkadang-kadang lekat dan terkadang-kadang ~;
berdebus berbunyi spt bunyi angin berhembus (burung mengibaskan sayap, daun-daun kayu ditiup angin, dll)
debut
bunyi spt bunyi angin keluar dr lubang yg sempit (spt bola kena paku dsb)
debut
(début) pertama kali memperlihatkan diri kpd umum (dlm sandiwara, permainan, dll)
decak
(décak) Kl melompat dgn sebelah kaki
decap
bunyi spt bunyi orang mengecap makanan;
berdecap-decap berbunyi spt bunyi orang mengecap makanan;
mendecap-decap membunyikan decap (kerana hairan, pelik, dll)
deceh (décéh) → decap
decik → decit
decing
bunyi spt bunyi duit syiling dijatuhkan ke batu dll; cing
decip
bunyi spt bunyi unggas: di celah ~ unggas, Haji Idris bersuara perit.
decit = decitan
bunyi spt bunyi anak burung (anak ayam, tikus, dll);
berdecit, mendecit berbunyi spt bunyi anak ayam (anak burung, tikus, dll): burung-burung yg malang itu berlompatan, sekali-sekala ~.
decuh;
~-decah bunyi air (cecair) berkocak
decup
bunyi cup-cup spt bunyi benda kecil yg padat jatuh ke air;
berdecup berbunyi spt bunyi benda kecil yg padat jatuh ke air: anak-anak ikan ~-decup menangkap kelekatu yg jatuh ke kolam itu.
decur
bunyi spt bunyi air memancar;
mendecur 1. berbunyi spt air memancar; 2. memancur
decus → desus
decut
bunyi spt bunyi anak kecil menghisap botol susu;
berdecut berbunyi spt bunyi anak kecil menghisap botol susu: anak itu menghisap botol susunya ~-decut.
dedah; mendedahkan
1. membuka (kain dsb); 2. menyebabkan atau membiarkan kelihatan (sesuatu yg seharusnya tertutup atau terselindung), membukakan (tidak bertutup), menampakkan (sesuatu yg seharusnya tidak kelihatan: penjual makanan janganlah hendaknya ~ makanan yg dijual mereka sehingga dihinggapi lalat; dia terpaksa ~ mukanya pd pelanggan-pelanggan di kedai itu utk mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang; 3. ki membawa kpd pengetahuan umum (biasanya sesuatu keburukan atau kecurangan), membentangkan atau memaparkan (sesuatu) kpd pengetahuan umum: menteri itu ~ beberapa hal yg selama ini tidak diketahui umum; indeks itu juga ~ beberapa kekurangan yg sebenar; 4. menyebabkan atau menjadikan (seseorang) mengetahui atau memahami sesuatu;
terdedah 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar;
keterdedahan perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yg wujud dlm negeri;
pendedahan 1. perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan, memperlihatkan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa.
dedai; berdedai-dedai
berjalan berduyun-duyun (berturut-turut, berbuntut-buntut, dll) dgn tidak beraturan: pasukan keselamatan telah menyerang hendap pengganas komunis yg ~ di kaki bukit.
dedak I
kulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;
bagai padi hendakkan ~, bagai laki hendakkan kendak prb orang yg suka menolak pemberian yg baik dan lebih suka membuat pekerjaan buruk; minta ~ kpd orang mengubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong
|